socmed

  

Tuesday, February 7, 2023

Bangi Wonderland : First time pergi wei


Salam semua...

Apa khabar ye... ni ha kita nak kembali berblog setelah sekian lamanya menyepi..

bukan apa.. blog aku yang ni ada masalah tak dapat nk login...ERROR selama bertahun...

recently je aku baru dapat balik blog ni... ntah apa masalah dengan domainnya ntah..

Sejak tu lah nafsu untuk berblog ni kuranggggg sangat...

ok lah apa pun kita dah dpt balik dah blog ni.



Bangi Wonderland

Mai nak sembang-sembanglah ngan hangpa semua..  aku ada pergi ke waterpark kat Bangi. Mesti ada yang pernah pergi kan. kalau tak pernah pergi tu, kira macam aku ni lah. Baru first time pergi sana. Alang-alang ada plan dari KBBA buat kat sana, aku pun join lah. 

Captured photo



Jam 9.30 pagi dah ada kat sana, berkumpul sebelum dapat tiket apa semua. Sambil tu borak-borak lah sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni.. ye la kan sebelum ni lama kita semua berkurung sebab covid kan. Dah tu bukan senang nak buat-buat aktiviti macam ni.

Aku mula-mula tu risau juga sebab sebelum pergi ada dapat feedback yang Bangi Wonder land ni panas, tak banyak tempat berbumbung untuk beristirehat. Tapi hangpa jangan bimbang, kawasan berbumbung kat Bangi Wonderland ni banyak kot. Cumanya kalau nak dekat dengan tempat untuk membeli makanan tu kena datang awal lah macam kitaorg ni.

Harga tiket bagi aku berbaloi dengan apa kemudahan dan permain yang disediakan di Bangi Wonderland ni. Jika yang mempunyai keluarga yang besar, sangat sesuai kesini.. kelaurga yang mempunyai anak-anak 4-5 orang kan... bajet untuk tiket tu tidaklah terlalu mahal.


APA JE ADA KAT SINI?

Apa yang ada kat sini? banyak juga kemudahan yang disediakan kat Bangi Wonderland ni..

antaranya:



Haaa.. banyak kan...selain tu kalau sesiapa nak sewa gazebo/wakaf pun ada juga. Tempat berbumbung di "public area" dan Pirate Bay tu besar dan panjang. Jadi tak perlu risau kalau nak lepak kat kawasan berteduh tu.


RIDES?
Ada 14 jenis rides yang korang boleh main sepuas-puasnya..tapi kena beringat ye...ikut peraturan keselamatan yang disediakan..antara gelongsor-gelongsor air yang ada insane racer, spiralax, the fall dan banyak lagi lah.
kalau untuk kanak-kanak yang menjadi tumpuan semestinya "Kid adventure" . bukan untuk kanak-kanak je, orang dewasa pun boleh. aku pun banyak main kat kawasan ni ja..hahahahaha


Kid Adventure


Happy ME


Ni adalah spot yang paling aku suka, ada kolam yang korang boleh berendam sambil menikmati spa air.. ada yang buih-buih macam jakuzi dan juga air pancut yang deras yang korang boleh tadah bahagian belakang korang, macam diurut-urut gitu...haaaa best ooo releks kat sini.


Magic Funnel


Insane Racer
Insane Racer


Boomeriang


Kesimpulannya, Bangi Wonderland ni bagi aku memang cukup okey sangat sebab harga dan fasiliti dia memang OK. Kawasan pun tak lah besar sangat untuk kita terokai semua jenis permainan yang ada. Kalau besar sangat penat oooi nak berjalan ke sana ke sini. Di sini macam ngam-ngam je. Memang berpatutan lah dengan harganya. 


Pirate Bay


Ombak kat sini setiap 1 Jam


Time to say Good Bye


Eh sebelum tu untuk korang nak tahu lebih lanjut boleh lah pergi ke 


untuk macam-macam lagi promosi yang Bangi Wondrland tawarkan. Rugi ooo tak jenguk situ... 
cepat sebelum promosi habisss...































No comments:

Post a Comment