alampauh

Sunday, October 29, 2017

Dusun dalam bandar - Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Assalamualaikum...


          Siapa tahu Taman Warisan Pertanian, Putrajaya? Aku sendiri pun baru tahu wujudnya tempat ni kat area sini. Walaupun boleh dikatakan selalu gak la aku ke Putrajaya ni, tapi ini lah kali pertama aku ke sini. Tak sangka la plak aku yang kat sini ada dusun..dusun dalam bandar.

          Rupanya banyak juga aktiviti yang boleh di lakukan disini. Kami tiba di Taman Warisan Pertanian ni lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Waktu lawatan ke taman ini adalah dari pukul 9 sehingga 5 petang. Dinasihat untuk anda datang melawat pada waktu pagi kerana matahari belum terik.

           Kat sini boleh berjalan dikawasan dusun ataupun naik buggy (rm25 per buggy). Banyak pokok-pokok kayu tempatan yang terdapat di dalam dusun ni. Antaranya pokok rambutan, durian, petai dan macam2 lagi lah. 

Ni buah apa?

        Antara aktiviti yang paling menarik adalah acara menangkap keli dalam bendang (sawah padi). Ada mini plot sawah kat sini. Aku berpeluang untuk menangkap ikan keli ni. Dah lama benar aku tak berkubang dalam bendang ni.. Pengalaman yang menarik kalau budak2 bandar yang tak pernah masuk bendang ni kan.. Memang mencabar ooo nak tangkap ikan dalam lumpur ni..jenuh.

Main lumpur, cari keli...
Gagau jangan tak gagau..

          Selepas tu kami meneruskan meneroka dusun Taman Warisan ni. Sepanjang perjalanan pelbagai jenis pokok yang diperkenalkan kepada kami. Ada diantaranya yang aku memang dah tahu seperti pokok asam gelugor, koko, rambutan, petai dan lain-lain. Tapi ada juga pokok yang aku baru tahu seperti pokok kopi arabica dan paling menarik pokok beruas (sebelum ni tahu nama je)..

Lama tak tengok pokok koko nih..

Buah beruas..1st time aku tengok buah ni.


          Perjalanan diteruskan dan kami tiba di kawasan pokok getah. Di sini kami ditunjukkan cara-cara untuk menoreh getah dan juga cara pemprosesan getah dari susu getah. Banyak juga prosesnya.. (Toreh-beku-gelek-salai) sebelum dihantar ke kilang. Kemudian kami dijamu dengan hidangan buah-buahan tempatan. Memang kegemaran aku makan buah ni. Tambahan pula segar dari dusun kan...

          Lawatan diteruskan dengan melawat tempat penternakan kelulut. Ini kali pertama aku melawat tempat ternak kelulut. Dulu aku selalu tengok kelulut yang buat sarang kat rumah pak sedara aku je.. Masa tu tak tahu pun kelulut ada madu. Madu kelulut ni berkhasiat rupanya. Harganya dipasaran pun boleh tahan. Warna dan rasanya mengikut apa yang kelulut tu makan ye (bunga)..jadi ada macam2 warna dan rasanya ye.


           Jadi memang sangat berbaloi kalau nak bawa keluarga ataupun kawan-kawan dari negara luar melawat Taman Warisan Pertanian ni. Banyak benda yang boleh diperlajari dan diperhati disini. Sangat berbaloi.. Untuk info lanjut boleh lawati laman sesawang di bawah;

Www.floriaputrajaya.com.my

Harga tiket;
Warganegara Malaysia
Dewasa ; Rm8.50
Kanak² : rm 6.50

Untuk pelancong asing
Dewasa : rm 13.50
Kanak² : rm 9.50


2 comments:

  1. memang best kalau bawak family ni. apatah lagi kalau tak ada kampung ada buah2an macam ni. ok. aim nak pergi nanti!

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya..

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete