alampauh

Saturday, August 26, 2017

The Legend Resort Cherating - Hafiz's Firefly tour

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Hari Pertama - Kelip-kelip / sesi suai kenal

          Bermula pengembaraan selama 3 hari, 2 malam di Legend Resort Cherating. Acara Family Day KBBA9 kali ini memang yang aku nanti-nantikan sebab aku ni memang jarang berjalan-jalan di pantai timur. Tentatif program yang telah disusun oleh pihak penganjur memang sangat menarik. Kebanyakkan aktiviti untuk family day ni merupakan yang pertama kali untuk aku.

Laluan perjalanan ke The Legend Resort, Cherating.

          Perjalanan bermula pada petang jumaat 18/08/2017. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam ( kalau banyak berhenti, mungkin 4 jam kot). Trip kali ni, aku menumpang kereta travel blogger terkenal, si Faizal Fredly dan kami sampai ke destinasi lebih kurang dalam pukul 6.00 petang (bertolak dari Puchung pukul 2.30 petang).

Terima kasih buat blogger femes ni sudi bagi tumpang...

           Oleh kerana hari kerja dan ramai yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, ramai yang sampai agak lewat pada hari tersebut di sebabkan jarak perjalanan yang agak jauh dari KL. Aku sangat bersyukur kerana penganjur telah menukar program melepaskan anak penyu pada keesokkan harinya kerana hendak memberi peluang semua peserta merasai pengalaman yang sangat mengujakan ini (tq tq tq En. Meor). Pada mulanya program ini hanya kepada peserta yang dapat tiba awal pada hari tersebut sahaja.

Kelip-kelip Sungai Cherating

          Acara pada malam pertama adalah melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Ramai yang masih tidak tahu terdapat kawasan hidupan kelip-kelip di sini. Ada rakan sekerja aku yang berasal dari Kuantan, sanggup ke Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip. Bagi aku pula, ini merupakan pengalaman pertama aku melihat kelip-kelip... hmmm kalau kat kampung dulu, ada juga kelip-kelip yang tersesat masuk rumah.. tapi saiz berbeza dengan yang ada di Sungai Cherating ni. Ada yang kata itu kunang-kunang.. tak sama eh kunang-kunang dan kelip-kelip?.. dan aku takut dengan kelip-kelip/kunang-kunang tu masa kecil dulu sebab ada yang cakap kelip-kelip tu sebenarnya 'kuku hantu'... huhuhu

naik bas dalam 10-15 minit je...

Jom tengok kelip-kelip...

          Perjalanan dari Legend Resort ke tempat untuk melihat kelip-kelip lebih kurang dalam 10 minit dengan menaiki bas ataupun kereta. Sampai di sana, kami telah diberikan satu taklimat ringkas mengenai kelip-kelip yang terdapat di Sungai Cherating. Kelip-kelip di sini merupakan satu-satunya spesis non synchronous yang terdapat di dunia. Ini bermakna spesis kelip-kelip di sini memancarkan cahaya tidak serentak, berlainan dengan yang terdapat di Kuala Selangor dan tempat-tempat yang lain.
Inilah rupanya keli-kelip di Sg. Cherating, besar nyamuk je..

'Firefly whisperer'... bukan ghost whisperer tau...

          Selepas memdengar taklimat daripada En. Hafiz, yang telah mmengkaji kelip-kelip selama 5 tahun, baru aku tahu tujuan kelip-kelip ni memncarkan cahaya, antaranya adalah untuk;
                                                              *   berkomunikasi
                                                              *   Mencari pasangan/ mengawwan
                                                              *   amaran bahaya

         Habitat kelip-kelip di sini sekitar 7 kilometer sepanjang Sungai Cherating. Kami semua dibawa menyusuri Sungai Cherating dengan menaiki bot yang mampu memuatkan seramai 15 - 18 penumpang. Semasa berada di kawasan habitat kelip-kelip kami tidak dibenarkan untuk mengeluarkan peralatan yang mempunyai cahaya kerana ini akan mengganggu suasana habitat kelip-kelip tersebut.

Semua tak sabar... bot boleh memuatkan sehingga 15 orang

          Sepanjang menyusuri hutan bakau tersebut, suasana sunyi dan kelam, hanya kedengaran bunyi enjin bot, memang sangat menyenangkan. Ianya satu suasana yang jarang dapat dinikmati. Memang seronok sesekali menikmati keindahan alam semula jadi begini.

menuruni tangga jeti.. hati-hati ye..

         Apa yang paling menarik, En Hafiz merupakan seorang 'firefly whisperer'. Kalau bagi sesiapa yang biasa menonton rancangan 'dog whisperer' mungkin dapat meneka apa itu 'firefly whisperer'. Selama kajiannya tentang kelip-kelip ini, En Hafiz telah mendapat kaedah untuk berkomunikasi dengan kelip-kelip di Sungai Cherating. Ini memang pengalaman yang sangat menarik apabila segerombolan kelip-kelip terbang ke arah bot bila En. Hafiz memancarkan cahaya mengikut ritma yang tertentu. Tapi semua ni tak dapat nak dirakamkan kerana kamera dan telefon tak dibenarkan. Jadi ni je gambar-gambar yang ada;

bergambar sebelum sesi taklimat kelip-kelip.. mat saleh kat belakang tu pun join sekali

geng-geng kaki celoteh dalam bot..ada je topik nak borak..

bergambar lagi...

dan lagi...

inilah ciri-ciri blogger yang bagus.. tepuk dahi En. Meor..

          Lebih kurang sejam kami menyusur Sungai Cherating melihat kelip-kelip, tiba masa untuk pulang ke Legend Resort untuk aktiviti selanjutnya... walaupun badan terasa penat tapi pengalaman memang sangat berharga.

Sesi suai kenal blogger baru

          Aktiviti kali ramai juga blogger-blogger baru yang baru 'join' Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9). Makanya satu aktiviti  suai kenal pun diadakan... Aku ni memang paling segan ah bab-bab nak cakap depan orang  ramai ni.. tapi terpaksalah jugak kan.. Lagipun aktiviti macam ni barulah dapat merapatkan sikit silaturrahim tu..

        Selain blogger-blogger baru, ada juga blogger-blogger lain yang baru pertama kali aku berjumpa. ye lah, bukan semua ahli kelab KBBA9 ni menetap di KL. Merata ceruk ada, Kelantan, terengganu dan merata lagi. Jadi program-program macam ni, dapatlah kami bersua muka. Kalau tak sembang kat dalam group wassap je la,

          Selain daripada aktiviti suai kenal, juga diadakan acara penyampaian produk-produk daripada penaja program kali ni. Antara produk yang disampaikan adalah daripada Cosmoderm dan juga Zing + detergent film.

'ice-breaking' session

Otai sedang berucap...

amanat daripada Big Boss...
                    Selesai sesi suai kenal, semua beredar ke bilik masing-masing dan tak sabar untuk acara 'Day 2' Family day KBBA9 di Legend Resort, Cherating ni... 


tunggu ye untuk aktiviti-aktiviti menarik hari ke-2 pula... :)



12 comments:

  1. Bestnyaaa family day Kat Legend Cherating Beach Resort.. Amboiii semangatnya mok cik tu ambek gambar kan.. Tapi nan mesti tension dok depan kak Ti kan.. membebel je kejenya..🤦🏻‍♀️😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dah ragam cm tu klu ada xtvt blogger.. mmg bergambar tk ingat dunia... bebelan tu ok je...

      Delete
  2. Seronok dapat tengok kelip-kelip yang banyak depan mata sambil naik bot.

    ReplyDelete
  3. yang encik meor tepuk dahi tu yang lawak tu hahaha...

    ReplyDelete
  4. Jeles dengan korang pi tengok kelip², rugi tak dpt join. Tapi apa pun tumpang seronok dan enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpe ada rezeki nnt dpt la tgk... Mak buyong jgn buat hal....kang terberanak dlm bot naya..

      Delete
  5. Untunglah ada travel blogger tersohor tumpangkan.. Hehe
    Baru tau ada gak org panggil kelip-kelip ni kuku hantu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu masa kecik2...saya ada org nak menyakat..

      Delete
  6. Pengalaman yg bernilai dan menyeronokkan lebih2 lagi bila sama2 komuniti blogger mcm ni.. meriah. Salam berblogging :)

    ReplyDelete