alampauh

Wednesday, April 12, 2017

Menabung yang merugikan...

Assalamualaikum/ salam sejahtera

          Aku rasa sejak kecil lagi kita diajar supaya menabung kan? Kat rumah, parent suruh kita menabung, kat sekolah cikgu pun suruh kita menabung. Kempen menabung pun banyak. Semua orang kata menabung tu baik, tetapi kenapa aku kata menabung ni merugi kan? Jangan cepat melatah ye...sejak aku kerja kat bank ni...banyak kes dah aku nampak..

Apa itu menabung yang merugikan?

Menabung Duit syiling

          Ini adalah punca utama kita menabung kan. Ada syiling je masuk tabung. Malas nak pakai duit syiling ni. Ye lah kan kalau bawa banak-banyak duit syiling ni mau tercabut bahu plak kan. Ramai yang tak suka bawa syiling sebab berat. Kaum lelaki lagilah...sampai rumah je campak je duit syiling tu atas meja atau pun dalam laci ( macam aku la ).
          Macam mana merugikan pula? Setengah orang ada tabung yang besar untuk syiling. Bekas yang besar mengammbil masa untuk penuh. Kalau dah penuh pun buat bekas tabung yang baru. Inilah yang merugikan. Bayangkan kalau dah beratus-ratus ringgit yang tersimpan dalam tabung tu...merugikan tanpa dapat apa-apa pulangan...sebab malas nak bawa simpan dalam bank...kalau simpan dalam bank ada juga pulangannya.
          Keduanya, bila kita simpan syiling ia juga merugikan kerajaan. Macam mana tu? Sebab kita telah mematikan kitaran duit syiling tersebut. Bila kita mematikan kitaran syiling, maka duit syiling yang ada tak cukup. Jadi kerajaan kena cetak syiling yang baru... ia melibatkan kos... cetak baru... dapat kat orang awam... simpan... jadi kena buat syiling baru lagi... bayangkan kalau seorang ada 500 keping syiling, kalau sejuta orang dah berapa duit syiling yang disimpan dan tak digunakan.

bayangkan berapa tahun nak penuh?
kalau separuh daripada 'tabung' ni simpan kat bank dah berapa pulangan yang kita dapat...
simpan dalam tabung macam ni pulangan zero

gambar sumber sinar harian

          Sekarang ni aku rasa dah banyak Coin Deposit Machine (CDM) yang diletakkan dimerata tempat. Senang je nak tukar syiling tu. Kalau nak tahu klik je link bawah ni.




SBB (Simpanan Bawah Bantal)

          Ini lagi satu perkara yang kerap terjadi dan masih lagi ada yang menyimpan sendiri duit mereka. Ada yang tak percayakan institusi kewangan, takut bankrup dan duit mereka hilang. Institusi kewangan kita ni dilindungi oleh PIDM ye... ye yang macam kat iklan tu.
          Bukan setakat simpan bawah bantal atau tilam tau. Ada yang simpan dalam pasu, bawah tikar dan ada yang simpan dalam tiang seri rumah. Selalunya yang disimpan tempat-tempat macam ni adalah wang kertas. 
          Jenis simpanan macam ni sangat berisiko . Banyak kes-kes yang aku lihat sepanjang aku kerja ni. Paling kerap berlaku adalah kes wang kertas dimakan oleh anai-anai. Bayangkan segulung duit kertas RM100 dimakan oleh anai-anai. Sekelip mata sahaja nilai berkurangan dan mungkin tk bernilai terus. Kalau bawa tukar kat bank pun, akan dinilai terlebih dahulu. Bukan akan dapat 100% nilai wang kertas tu. Kes naya kan. Kalau separuh dah dimakan anai-anai, maka separuhlah nilai duit tu.

hidangan untuk anai-anai
bayangkan susut nilai duit ni...banyak tu..

gambar-gambar sumber dari google

          Selain tu, ada juga kes rumah terbakar. Ada kes yang hilang berpuluh ribu duit simpanan ( mungkin peniaga kot ) sebab tu simpan berpuluh ribu kat rumah. Ada kes yang terjumpa duit rosak tersimpan ditempat tersembunyi oleh ahli keluarga yang dah meninggal dunia dan jumlah beribu-ribu.

Jom menabung cara bijak!

          Sekarang ni dah banyak ilmu tentang kewangan ni. Kalau yang banyak duit dan tak tahu nak buat apa dengann duit tu, pergi je kat bank-bank yang korang simpan duit tu. Minta je bantuan daripada perundingan kewangan kat bank tu. Diorang sedia memberikan khidmat nasihat... sapa yang nak kehilangan pelanggan berpotensikan.
          Untuk ibubapa, rajin-rajin dapatkan info terkini kerana banyak simpanan yang baik untuk anak-anak yang memberikan pulangan yang menarik. Ada juga yang menawarkan rebet untuk potongan cukai ( yang tak de anak cam aku, tengok je la )
          Selain tu,  terdapat banyak lagi sumber-sumber yang kita boleh 'simpan' duit kita, insuran, takaful, tabung haji, ASB dan sebagainya... cuma tepuk dada, tanyalah akal kita mana yang lebih baik dan lebih penting untuk kita dan keluarga..
          Jom berubah dari menabung secara konvensional kepada alternatif yang ada... Menabung bukan tak baik dan merugikan, cuma lakukan secara bijak. Bagi yang menabung syiling tu, rajin-rajinlah pergi tukar kat bank ke kedai makan ke... atau pergi simpan terus kat bank atau tabung haji atau mana tempat yang bagi pulangan yang bijak...

SEMOGA KITA SEMUA MENABUNG SECARA BIJAK!!!

4 comments:

  1. ooo.. ye jugak la.. tak terfikir.. tq nan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mmg jrg org nk pikir benda nih... tq singgah baca

      Delete
  2. Eh betul la...terus teringat arwah atuk menabung dalam tin milo..letak bawah bantal..sampai dh bertahun dia meninggal baru terjumpa...bila kira2 ada dalam 5 ribu lebih..terus buat kepuk kubur dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat juga dalam tin milo...anai-anai tak makan...

      Delete