alampauh

Sunday, April 9, 2017

Klinik gigi : semua fully booked...aduh

Assalamualaikum / salam sejahtera..


          Siapa yang tak pernah sakit gigi kan... perkara ni berlaku kat aku tahun lepas. Bangun pagi je gigi berdenyut-denyut sakit. Disebabkan tempat aku kerja ada klinik panel, aku gigihkan juga pi cari klinik-klinik gigi panel tuh.

          Ha... nak tahu betapa gigihnya aku mencari klinik panel nih... aku pusing satu USJ, Puchong dan Shah Alam.., gigihkan? walaupun gigi tengah sakit. Mulanya aku ingatkan klinik gigi ni macam klinik-klinik biasalah... boleh walk-in je... tetapi... Dah tak terkira aku brapa banyak klinik yang aku pergi hari tu... dan semuanya FULLY BOOKED. Hati hati plak aku...

          Aku macam tak percaya jer... memang gila... susahnya kalau sakit gigi ni... tak leh nak walk-in...

          Dan selasa lepas aku sakit gigi lagi... kali ni memang aku nak pergi cabut lah. Malam tu sakit memang berdenyut-denyut... jagi aku ambik cuti je la keesokkan harinya.. Pagi tu aku pun pergi la klinik gigi yang berhampiran rumah aku ni.
Klinik Pergigian Medina, Bandar Saujana Putra.
~selesa jugak klinik ni...
          Aku dah malas nak cari panel nih. Takut perkara tahun lepas berulang lagi. Dan seperti yang dijangkakan, kalau bukan klinik panel ( bayar sendiri ) ni memang tak ramai orang. Klinik tu memang tak ada pesakit time aku pergi tu... fuh lega

          Dan seperti yang aku duga juga, kalau gigi masih sakit memang doktor tak nak cabut...huhuhu... terpaksalah buat temujanji hari sabtu plak. Doktor bagi antibiotik untuk gigi tu, ada infection katanya. Makan 5 hari, bagi sakit hilang baru boleh cabut.

          Semalam (sabtu) aku terpaksalah serah diri untuk cabut gigi tu walaupun dah tak sakit... hehehehe.. gigi berlubang dan patah tinggal tunggul je...

          Jadi hujung minggu ni aku berhibernasi dalam rumah je la... cabut gigi, sakit gak oooo.... hari ni baru ok sikit... tu je la nak cerita... kalau benda percuma memang ramai orang, yang berbayar memang tak de orang... tapi ikutlah masing-masingkan... macam aku, malas nak cari klinik panel sebab jauh...pergi yang dekat je...bayar pun bayar lah...lepas ni kena jaga gigi elok-elok lah...


hmmm...doktor tu ada tanya nak bawa balik ke gigi ni? aku hanya mampu geleng je..
.
.
.
sebab mulut kebas dan penuh air liur, tak leh nak cakap...hahahaha

2 comments:

  1. hahah memang sakit gila woo sakit gigi. Lisa pun pi cbut kat klinik swasta je sebab boleh book and layanan tiptop hehe

    ReplyDelete
  2. masalah klinik swasta yg ada panel selalu penuh...bayangkan pergi klinik hari selasa, sekali dia cakap kitaorang fully booked sampai sabtu..

    ReplyDelete