alampauh

Sunday, April 30, 2017

Guardians of the galaxy 2 - Baby Groot so cute!

Guardians of The Galaxy 2 (GOTG2)
Hai hai, 
         Pada kaki wayang sekalian, dah tonton ke Guardians of the galaxy 2? Aku dah berkesempatan menonton GOTG2 ni. Kepada yang belum menonton, aku rekemen untuk pi tonton filem ni. Dan kepada mereka yang belum menonton GOTG yang pertama, aku syorkan untuk tonton dulu filem yang pertama tu untuk dapatkan feel yang lebih untuk tonton filem ni.

         Untuk pegetahuan korang, genre filem ni memang mejadi kegemaran aku. Genre yang macam ni bagi aku boleh membuatkan aku release stress dan terhibur berbanding genre-genre filem yang lain. Ok, berbalik pada filem GOTG2 ni, Apa pendapat aku mengenai filem ni?

          Pada yang menggemari filem Marvel ni, GOTG2 ni adalah antara filem yang ditunggu-tunggu. Pada mulanya, expectation aku biasa-biasa je...macam filem-filem Marvel yang lain, menarik tetapi jalan cerita dan twist cerita agak boleh dijangkakan.

         Dan aku pada mulanya anggap GOTG2 ni macam yang pertama, boleh dijangka tetapi tetap menarik bagi aku. Apabila dah menonton GOTG2 ni... WOW.... Aku suka!!! Ni salah satu filem yang boleh buatkan aku ketawa sepanjang masa.

         Dari segi jalan cerita, masih klise dengan cerita-cerita superhero yang lain. Tetapi apa yang membuatkan filem ni menarik adalah dialog-dialog dalam filem ni. Dialog yang diucapkan boleh aku kategorikan sebagai sarcastic humor, yang jenakanya mampu membuatkan aku tersenyum dan kadang kala pecah juga deraian ketawa aku. ( aku ni jenis susah nak gelak kuat )

          Apa yang paling best untuk filem ni? Bagi aku watak Baby Groot sangat-sangatlah berkesan. Watak yang mampu mengheret penonton untuk ketawa pecah panggung. Dengan karektor innocent sebagai 'baby' yang tak tahu apa... ramai yang terpesona dengan karektor 'cuteness overload' Baby Groot. Baby Groot memang betul-betul berjaya mencuit hati penonton.

Baby Groot... walaupun CGI, tapi sangat berkesan...

Kesimpulannya, filem ni aku kategorikan antara terbaik yang aku pernah tonton kerana twist pada karektor dan dialog yang berkesan. Hmmm berapa bintang aku nak bagi untuk filem ni? Abam beri 4.5/5 bintang... kepada yang belum menonton filem ni, silalah kepada pawagam yang terdekat ye.. tak rugi..

oh ya, sebelum aku tamatkan kisah kali ni, macam biasalah, kalau filem marvel tu, jangan keluar panggung awal ye... tunggu sampai habis tulisan-tulisan tu naik sebab ada babak-babak tambahan tu..

SELAMAT MENONTON! I am Groot!

3 comments:

  1. rasa macam nak tengok, tapi sebab tak dak feel episod 1, tu jadi berat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je pi tgk dulu..sbb tk berkait sgt dgn previous one

      Delete
  2. Ohhh peminat baby groot la ni..heheheh x smpt tgk la ni..������

    ReplyDelete