alampauh

Sunday, April 30, 2017

Guardians of the galaxy 2 - Baby Groot so cute!

Guardians of The Galaxy 2 (GOTG2)
Hai hai, 
         Pada kaki wayang sekalian, dah tonton ke Guardians of the galaxy 2? Aku dah berkesempatan menonton GOTG2 ni. Kepada yang belum menonton, aku rekemen untuk pi tonton filem ni. Dan kepada mereka yang belum menonton GOTG yang pertama, aku syorkan untuk tonton dulu filem yang pertama tu untuk dapatkan feel yang lebih untuk tonton filem ni.

         Untuk pegetahuan korang, genre filem ni memang mejadi kegemaran aku. Genre yang macam ni bagi aku boleh membuatkan aku release stress dan terhibur berbanding genre-genre filem yang lain. Ok, berbalik pada filem GOTG2 ni, Apa pendapat aku mengenai filem ni?

          Pada yang menggemari filem Marvel ni, GOTG2 ni adalah antara filem yang ditunggu-tunggu. Pada mulanya, expectation aku biasa-biasa je...macam filem-filem Marvel yang lain, menarik tetapi jalan cerita dan twist cerita agak boleh dijangkakan.

         Dan aku pada mulanya anggap GOTG2 ni macam yang pertama, boleh dijangka tetapi tetap menarik bagi aku. Apabila dah menonton GOTG2 ni... WOW.... Aku suka!!! Ni salah satu filem yang boleh buatkan aku ketawa sepanjang masa.

         Dari segi jalan cerita, masih klise dengan cerita-cerita superhero yang lain. Tetapi apa yang membuatkan filem ni menarik adalah dialog-dialog dalam filem ni. Dialog yang diucapkan boleh aku kategorikan sebagai sarcastic humor, yang jenakanya mampu membuatkan aku tersenyum dan kadang kala pecah juga deraian ketawa aku. ( aku ni jenis susah nak gelak kuat )

          Apa yang paling best untuk filem ni? Bagi aku watak Baby Groot sangat-sangatlah berkesan. Watak yang mampu mengheret penonton untuk ketawa pecah panggung. Dengan karektor innocent sebagai 'baby' yang tak tahu apa... ramai yang terpesona dengan karektor 'cuteness overload' Baby Groot. Baby Groot memang betul-betul berjaya mencuit hati penonton.

Baby Groot... walaupun CGI, tapi sangat berkesan...

Kesimpulannya, filem ni aku kategorikan antara terbaik yang aku pernah tonton kerana twist pada karektor dan dialog yang berkesan. Hmmm berapa bintang aku nak bagi untuk filem ni? Abam beri 4.5/5 bintang... kepada yang belum menonton filem ni, silalah kepada pawagam yang terdekat ye.. tak rugi..

oh ya, sebelum aku tamatkan kisah kali ni, macam biasalah, kalau filem marvel tu, jangan keluar panggung awal ye... tunggu sampai habis tulisan-tulisan tu naik sebab ada babak-babak tambahan tu..

SELAMAT MENONTON! I am Groot!

Wednesday, April 12, 2017

Menabung yang merugikan...

Assalamualaikum/ salam sejahtera

          Aku rasa sejak kecil lagi kita diajar supaya menabung kan? Kat rumah, parent suruh kita menabung, kat sekolah cikgu pun suruh kita menabung. Kempen menabung pun banyak. Semua orang kata menabung tu baik, tetapi kenapa aku kata menabung ni merugi kan? Jangan cepat melatah ye...sejak aku kerja kat bank ni...banyak kes dah aku nampak..

Apa itu menabung yang merugikan?

Menabung Duit syiling

          Ini adalah punca utama kita menabung kan. Ada syiling je masuk tabung. Malas nak pakai duit syiling ni. Ye lah kan kalau bawa banak-banyak duit syiling ni mau tercabut bahu plak kan. Ramai yang tak suka bawa syiling sebab berat. Kaum lelaki lagilah...sampai rumah je campak je duit syiling tu atas meja atau pun dalam laci ( macam aku la ).
          Macam mana merugikan pula? Setengah orang ada tabung yang besar untuk syiling. Bekas yang besar mengammbil masa untuk penuh. Kalau dah penuh pun buat bekas tabung yang baru. Inilah yang merugikan. Bayangkan kalau dah beratus-ratus ringgit yang tersimpan dalam tabung tu...merugikan tanpa dapat apa-apa pulangan...sebab malas nak bawa simpan dalam bank...kalau simpan dalam bank ada juga pulangannya.
          Keduanya, bila kita simpan syiling ia juga merugikan kerajaan. Macam mana tu? Sebab kita telah mematikan kitaran duit syiling tersebut. Bila kita mematikan kitaran syiling, maka duit syiling yang ada tak cukup. Jadi kerajaan kena cetak syiling yang baru... ia melibatkan kos... cetak baru... dapat kat orang awam... simpan... jadi kena buat syiling baru lagi... bayangkan kalau seorang ada 500 keping syiling, kalau sejuta orang dah berapa duit syiling yang disimpan dan tak digunakan.

bayangkan berapa tahun nak penuh?
kalau separuh daripada 'tabung' ni simpan kat bank dah berapa pulangan yang kita dapat...
simpan dalam tabung macam ni pulangan zero

gambar sumber sinar harian

          Sekarang ni aku rasa dah banyak Coin Deposit Machine (CDM) yang diletakkan dimerata tempat. Senang je nak tukar syiling tu. Kalau nak tahu klik je link bawah ni.




SBB (Simpanan Bawah Bantal)

          Ini lagi satu perkara yang kerap terjadi dan masih lagi ada yang menyimpan sendiri duit mereka. Ada yang tak percayakan institusi kewangan, takut bankrup dan duit mereka hilang. Institusi kewangan kita ni dilindungi oleh PIDM ye... ye yang macam kat iklan tu.
          Bukan setakat simpan bawah bantal atau tilam tau. Ada yang simpan dalam pasu, bawah tikar dan ada yang simpan dalam tiang seri rumah. Selalunya yang disimpan tempat-tempat macam ni adalah wang kertas. 
          Jenis simpanan macam ni sangat berisiko . Banyak kes-kes yang aku lihat sepanjang aku kerja ni. Paling kerap berlaku adalah kes wang kertas dimakan oleh anai-anai. Bayangkan segulung duit kertas RM100 dimakan oleh anai-anai. Sekelip mata sahaja nilai berkurangan dan mungkin tk bernilai terus. Kalau bawa tukar kat bank pun, akan dinilai terlebih dahulu. Bukan akan dapat 100% nilai wang kertas tu. Kes naya kan. Kalau separuh dah dimakan anai-anai, maka separuhlah nilai duit tu.

hidangan untuk anai-anai
bayangkan susut nilai duit ni...banyak tu..

gambar-gambar sumber dari google

          Selain tu, ada juga kes rumah terbakar. Ada kes yang hilang berpuluh ribu duit simpanan ( mungkin peniaga kot ) sebab tu simpan berpuluh ribu kat rumah. Ada kes yang terjumpa duit rosak tersimpan ditempat tersembunyi oleh ahli keluarga yang dah meninggal dunia dan jumlah beribu-ribu.

Jom menabung cara bijak!

          Sekarang ni dah banyak ilmu tentang kewangan ni. Kalau yang banyak duit dan tak tahu nak buat apa dengann duit tu, pergi je kat bank-bank yang korang simpan duit tu. Minta je bantuan daripada perundingan kewangan kat bank tu. Diorang sedia memberikan khidmat nasihat... sapa yang nak kehilangan pelanggan berpotensikan.
          Untuk ibubapa, rajin-rajin dapatkan info terkini kerana banyak simpanan yang baik untuk anak-anak yang memberikan pulangan yang menarik. Ada juga yang menawarkan rebet untuk potongan cukai ( yang tak de anak cam aku, tengok je la )
          Selain tu,  terdapat banyak lagi sumber-sumber yang kita boleh 'simpan' duit kita, insuran, takaful, tabung haji, ASB dan sebagainya... cuma tepuk dada, tanyalah akal kita mana yang lebih baik dan lebih penting untuk kita dan keluarga..
          Jom berubah dari menabung secara konvensional kepada alternatif yang ada... Menabung bukan tak baik dan merugikan, cuma lakukan secara bijak. Bagi yang menabung syiling tu, rajin-rajinlah pergi tukar kat bank ke kedai makan ke... atau pergi simpan terus kat bank atau tabung haji atau mana tempat yang bagi pulangan yang bijak...

SEMOGA KITA SEMUA MENABUNG SECARA BIJAK!!!

Sunday, April 9, 2017

Klinik gigi : semua fully booked...aduh

Assalamualaikum / salam sejahtera..


          Siapa yang tak pernah sakit gigi kan... perkara ni berlaku kat aku tahun lepas. Bangun pagi je gigi berdenyut-denyut sakit. Disebabkan tempat aku kerja ada klinik panel, aku gigihkan juga pi cari klinik-klinik gigi panel tuh.

          Ha... nak tahu betapa gigihnya aku mencari klinik panel nih... aku pusing satu USJ, Puchong dan Shah Alam.., gigihkan? walaupun gigi tengah sakit. Mulanya aku ingatkan klinik gigi ni macam klinik-klinik biasalah... boleh walk-in je... tetapi... Dah tak terkira aku brapa banyak klinik yang aku pergi hari tu... dan semuanya FULLY BOOKED. Hati hati plak aku...

          Aku macam tak percaya jer... memang gila... susahnya kalau sakit gigi ni... tak leh nak walk-in...

          Dan selasa lepas aku sakit gigi lagi... kali ni memang aku nak pergi cabut lah. Malam tu sakit memang berdenyut-denyut... jagi aku ambik cuti je la keesokkan harinya.. Pagi tu aku pun pergi la klinik gigi yang berhampiran rumah aku ni.
Klinik Pergigian Medina, Bandar Saujana Putra.
~selesa jugak klinik ni...
          Aku dah malas nak cari panel nih. Takut perkara tahun lepas berulang lagi. Dan seperti yang dijangkakan, kalau bukan klinik panel ( bayar sendiri ) ni memang tak ramai orang. Klinik tu memang tak ada pesakit time aku pergi tu... fuh lega

          Dan seperti yang aku duga juga, kalau gigi masih sakit memang doktor tak nak cabut...huhuhu... terpaksalah buat temujanji hari sabtu plak. Doktor bagi antibiotik untuk gigi tu, ada infection katanya. Makan 5 hari, bagi sakit hilang baru boleh cabut.

          Semalam (sabtu) aku terpaksalah serah diri untuk cabut gigi tu walaupun dah tak sakit... hehehehe.. gigi berlubang dan patah tinggal tunggul je...

          Jadi hujung minggu ni aku berhibernasi dalam rumah je la... cabut gigi, sakit gak oooo.... hari ni baru ok sikit... tu je la nak cerita... kalau benda percuma memang ramai orang, yang berbayar memang tak de orang... tapi ikutlah masing-masingkan... macam aku, malas nak cari klinik panel sebab jauh...pergi yang dekat je...bayar pun bayar lah...lepas ni kena jaga gigi elok-elok lah...


hmmm...doktor tu ada tanya nak bawa balik ke gigi ni? aku hanya mampu geleng je..
.
.
.
sebab mulut kebas dan penuh air liur, tak leh nak cakap...hahahaha

Friday, April 7, 2017

Jalan-jalan hujung minggu : Port Dickson dan Melaka

Assalamualaikum...salam sejahtera...

BNM PD resort
          Kalau hujung minggu ni selalu je terpikir nak buat apa. Kadang-kadang tu memang rasa aman damai jer melepak kat rumah. Tapi ada masanya teringin jugak nak jenjalan kan. Ye lah takkan tiap-tiap minggu nak duduk lepak kat rumah jer, bosan gak.

          Minggu lepas dapat peluang pi resort tempat kerja aku. Bukan senang ooo nak dapat resort kat Port Dickson nih. Mungkin ada staff yang reject tempahan resort tu, so dapatlah aku melarikan diri ke sana ujung minggu lepas.
Pemandangan dari bilik...
          Dah tu kalau nak pi resort ni mana best pi sorang-sorang ( kecualilah jika tengah nak melayan blues tu, masa tu aku pi je sensorang). Makannya aku ajak la geng-geng blogger bujang yang selalu lepak skali. Bukan apa, yang bujang ni senang skit, kurang komitmen katanya. Kurang ye bukan tak de komitmen.
4 sekawan
         Kami pi berempat je...sebab 4 orang ni je lah yang selalu free...ada lagi 2 3 orang tu busy memanjang. Dan target utama ke PD tu adalah nak terjun kolam. Macam kat area Putrajaya dan 
Shah Alam ni tak dak kolam kan? Tapi kat resort tu best skit lah. Tak ramai orang. So lagi best nak bermandi-manda.

          Sampai je PD petang tu, kami ronda-ronda pantai Teluk Kemang dulu. Sebab check-in lambat skit, pukul 4 petang. Jadi lepak-lepak jap kat pantai amek angin...buang angin dsbnya...hehehe... Ok masa dah time, jom check-in....Lepas check-in je...letak barang dan...kecebusss...aktiviti mengolamlah jawabnya.
sofa a.k.a katil
          Petang tu memang heaven sangat mandi kolam sebab tak dak orang lain pun. Kolam tu memang kami conquer habis... best siotttt.... kolam tu kami yang punya... berenanglah sepuas-puas hati kau.... apa lagi macam-macam perangailah yang keluar... ada yang menari dalam airlah... menyelam... tidor kat dasar kolam.... berenang ala-ala duyung... dan macam-macam lagi lah... bukan senang nak dapat keadaan yang macam ni... rasa berbaloi sangat mai jauh-jauh nih...

jom ke dasar kolam
hikmat apungan...wachaaaaa!!
sunken shoalin
take a deep breath and rest...
submerge..
feel the splash...

          Malam tu pula, kitaorang dinner kat Melaka ko....MELAKA... dekat jer katanya...aku tertanya-tanya gak dalam hati, dekat ke? Tapi kalau dengan depa ni memang banyak la kerja gila yang akan terjadi...So malam tu kami bertolak ke Melaka lepas penat berenang....Hujan lebat plak... Makanya pukul 9.00 kot sampai Melaka. Bertolak dari PD lebih kurang kul 730....lepas maghrib...

          Sampai kat sana kami makan kat kawasan penempatan kaum portugis. Aku sebelum ni memang tak tahu sangat pasal  kaum portugis ni...kalau sebut portugis yang terlintas dalam otak aku Si Ronaldo pemain bola Portugal tu je. Tapi kan, semuanya meleset, portugis kat Malaysia ni aku tengok lebih kurang macam rupa melayu je...tak dapat nak beza pun....ada la segelintir yang lain skit, tapi kebanyakkannya aku tengok memang macam melayu.
medan makan portugis
butter prawn
bendi goreng belacan
baked fish...i think ikan merah kot


          Lepas makan, macam biasa lah...aktiviti bergambar...kami 4 orang ni kalau kemana-mana memang suka sangat bergambar.... tak caya tengok gambar-gambar ni...
u snap me...
then I snap u

          Usai semua, lebih kurang jam 11 kami betolak balik ke PD. Aku pulak yang jadi drebar. Adeh la...kenyang dan penant memang kombinasi yang terbaik untuk tidur sebenarnya....tapi apakan daya kena jadi driver. Pukul 1 pagi baru sampai resort PD uolllll....gilerrr arrgghh...
          
         Keesokkannya semua janji nak bangun pukul 7 PAGI!!! Nak sarapan dan mandi kolam...hakikatnya....hmmmm....semua kata bangun awal...tapi....sambil tunggu semua orang bangun aku kelaur cari sarapan, mujur ada gerai dekat-dekat situ je...tapau 4 nasi lemak, balik makan...samabal dia, perghhhh pedas ya amat....hanattt..

          Dan acara seterusnya mandi kolam...tapi kali ni kureng skit sebab ramai orang....terpaksa kawal diri...hahahaha...tak boleh jadi gila-gila macam semalam...semua terpaksa kawal diri...tapi kejap jer....hahaha...lepas semua orang naik...kolam kembali kepunyaan kami...apa lagi sesi photoshoot lah...
/
tengok apa tu?
model tuala
light and shadow


          Pukul 12 tengah hari, kami check-out, tapi tak balik terus. Lepak-lepak kejap sebab ada yang nak buat photoshoot untuk product review....so sesi bergambar lah lagi....

me
what I really need...
"oh makk!!"
nak yang mana?

          Dan dalam perjalanan ke kereta untuk balik....satu lagi sesi photoshoot....haaaa kan aku dah kata kalau berjalan dengan geng ni memang banyak sesi bergambarnya...
bricks and wall
OOTD
cari sorang lagi....jumpa tak?
"Don't touch me..."
ni le nama resort tu...

          itu je lah catatan perjalanan aku pada ujung minggu lepas....hmmm rupanya banyak jugak aktiviti jalan-jalan aku yang tak aku ceritakan dalam blog nih....tengoklah kalau rajin nanti aku update catatan perjalanan aku versi throwback ye...aku rasa sampai takat ni dulu lah ye... sampai 

nice blue sky...

jumpa lagi...adios...eh orang portugis cakap apa ek? jap nak google..... 
Tchau!