alampauh

Monday, March 20, 2017

Susu Kambing I-Sihat Vachoc Plus 10 - Rasa yang pasti 'mengembekkkan...!!!

Assalamualaikum...


          Kepada mereka yang kenal aku, mungkin tahu yang aku ni memang 'NO, NO, NO' kepada kambing. Bukan aku tak suka kambing (kambing yang hidup ye), tapi aku memang tak makan daging kambing, dan produk-produk yang berasakan kambing...maksud aku produk yang untuk makan dan minum. Kalau yang sabun susu kambing tu ok lah.

          Apa sebabnya? Aku rasa sebab aku lebih kurang sama dengan semua orang yang tak suka makan kambing ataupun minum susu kambing....sebab utamanya adalah 
BAU YANG HAMIS.

         Oleh sebab tu aku tak pernah minum susu kambing. Daging kambing tu memang aku pernah cuba makan, tapi bila terasa HAMIS tu...hmmmm memang aku akan serahkan kat orang lain untuk habiskan...tekak memang tak tahan.

          Tapi disebabkan oleh banyak yang aku baca tentang kebaikkan susu kambing, aku memang teringin nak cuba minum. Ada satu produk I-Sihat, produk susu kambing. Apa yang paling menarik perhatian aku 'TANPA BAU HAMIS' tertera pada kotak. Hmmm... boleh percaya ke?

           Ada 3 variasi untuk produk susu kambing ni;

1. Susu Kambing Asli
2. Susu Kambing Vachoc Plus 10
3. Premium Berry


Susu Kambing Vachoc Plus 10

          Aku ambil keputusan nak cuba yang Susu Kambing Vachoc Plus 10. Apa VACHOC tu? pelik je bunyinya kan...hahahaha... VACHOC tu hasil gabungan VANILLA + CHOCOLATE. Aku tak berani nak cuba yang asli. Takut tak terminum. Ye la biar aku cuba yang berperisa ni skit...dapat la 'cover' bau kambing (perasaan was-was masih ada).



          Sebelum aku cerita macam mana rasanya susu kambing I-Sihat ni, meh kita tengok apa kebaikkan dan kelebihan susu kambing I-Sihat ni. Jap nak baca-baca sikit...hmmm...



KEISTIMEWAAN I-SIHAT VACHOC PLUS 10
  • Kombinasi DUA RASA coklat dan vanilla yang unik dan sangat sedap
  • Diformulasikan dengan 10 makanan sunnah  terbaik seperti BUAH DELIMA, ZAITUN, TIIN,                    KURMA, KISMIS, BADAM, SAFFRON, HABBATUS SAUDA, MANNA dan GINKGO BILOBA.
  • Diperkaya dengan nutrisi penting
  • 100% Organik
  • Tanpa bau hamis
  • Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
  • Tanpa mineral sintetik
  • Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)
  • Tiada krimer tenusu

PRODUK DIPERCAYAI
  • Dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012)
  • Produk keluaran muslim bumiputera
  • Diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI
  • Diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal                Malaysia (SAMM)

          WOW.. aku paling teruja bila baca tentang bahan organik dan ekstrak 10 makanan sunnah tu. Ye la bahan makanan yang dapat pengiktirafan 'organik' ni memang terjamin kualiti dia. Susu ni pun selamat untuk ibu mengandung dan bayi (6 bulan ke atas).

10 dalam 1 kau...mabeles
keistimewaan i-Sihat
KHASIAT SUSU KAMBING

  • Meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.
  • Baik untuk sistem penghadaman dan usus.
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan.
  • Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda.
  • Menguatkan daya ketahanan seperti tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi tubuh badan./

          Ok, macam mana nak bancuh? hehehe senang je lah...macam tak pernah bancuh air kan... tapi ada je panduan macam mana nak bancuh. Untuk susu kambing I-Sihat ni digalakkan untuk menggunakan air suam je, kerana untuk mengekalkan khasiat dan nutrisi dalam susu ni. Kalau air mendidih nanti kurang khasiatnya. 200ml air untuk 4 skop susu ataupun 1 sachet. Disarankan untuk minum pada waktu pagi dan sebelum tidur. 

Tip dari aku : bancuh ikut selera masing-masing je. Bagi yang suka pekat tu, kurangkan air ataupun lebihkan susu kambing I-Sihat. 

          Dah panjang lebar bercerita, abih tu macam mana pula dengan rasanya? Haaa... aku dah minum..mula-mula aku rasa pelik sikit. Pasai apa rasa coklat dia lain...aku terlupa ni vanilla coklat lah..patut rasa lain sikit. Aku dapat minum sampai habis dan memang TAK ADA BAU HAMIS. Lega aku dah jumpa susu kambing yang tak berbau hamis. Rasa memang sedap.... memang boleh membuatkan korang mengembek macam kambing lah...hahahaha...dan aku rasa budak-budak pun mesti suka.
Apa kata korang pula cuba sendiri...Tak kenal maka tak cinta orang kata..



Oh ya lupa pula kan...harga dan mana nak dapat susu ni?
Butiran adalah seperti dalam gambar di bawah ni;


Harga seperti yang tertera kat gambar
Kat Koperasi Darul Syifa Bangi pun ada...

Dan susu kambing i-Sihat ni pun makin mendapat perhatian orang ramai. Bukan tu saja, baru-baru ni pun i-Sihat ada keluar kat TV Alhijrah... hurmmmm kelas kan..ye la bukan calang-calang produk yang boleh masuk tv kan...

Segmen i-Sihat di TV Alhijrah
...bersama Farah Fauzana dan Azida


Jom tengok-tengok sekitar galeri i-Sihat

Mell dari Sakura band...
Otai Nash
adik comey...minum susu kambing juga eh? yup baby pun boleh minum..
pilih yang mana satu...errr susu tu tau, bukan orang..
Premium berry lelaki pun boleh minum tau...peloles nanti

.
.
.

.

Dan aku juga dah rasa yang Premium Berry tu...
memang sedap..buka je dah bau harum beri..


Ye aku dah rasa....memang MENGEMBEKKANN....




Aku dah cuba... memang sedap... cubalah rasa...memang tak mengecewakan...



untuk lebih lanjut boleh lah lawati laman di bawah ni;

ataupun hubungi
019-2020911


18 comments:

  1. Sedap dan lazat... Tapi saya minum iSihat memang berbeza dengan susu kambing yang saya beli di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.

    iSihat ni dah minum setiap pagi masuk hari ke 8 jika tak silap

    ReplyDelete
  2. Puasa hari ni tp nmpk susu ni pun jd terliur.. sedap yg choc tu

    ReplyDelete
  3. Terliurrrrr.....mcm mana nak beli ???

    ReplyDelete
  4. Terliurrrrr.....mcm mana nak beli ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh layari www.isihat.com
      Atau call 019-2020 911..
      Darul syifa bangi pun ada..

      Delete
  5. dah nak abis kita punyaaaa sedap yg coklat ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try yang berry plak...peloles lepas ni

      Delete
  6. Memang terbaik susu kambing dari i-sihat

    ReplyDelete
  7. vachoc plus 10 emang terbaiklah...tq isihat....

    ReplyDelete
  8. Korang kene cuba yang berry wei. Memang perghhh!

    ReplyDelete
  9. Korang kene cuba yang berry wei. Memang perghhh!

    ReplyDelete
  10. sedap memang sedap.. tiap2 hari mesti minum.. nak lebih tenaga minum vachoc.. risau kulit kusam minum Premium Berry.. Makan bijirin sarapan pagi dengan i-Sihat perisa asli..

    Nak rasa kesedapan i-Sihat?? meh contact 019-3201012 (agent i-Sihat Penang)

    ReplyDelete