alampauh

Sunday, March 19, 2017

Aku rasa macam duyung...

Assalamualaikum...

          Haaa...pernah tak rasa macam ikan duyung? Eh ikan duyung laki pun ada lah... jangan ingat ikan duyung tu semua pompuan je...kalau tak dak duyung laki, cam mana spesis duyung nak membiak kan? hahahaha melawak jer..

          OK lah...aku nak ceritakan adalah pengalaman meneyertai kelas renang bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelas renang ni dikendalikan oleh Swimrush Swimming Academy. Pasal tenaga pengajar, jangan risau, semuanya bertauliah.

         Aku sebenarnya bolehlah berenang sikit-sikit. Tapi cara aku berenang memang tak betul lah. Sebab apa? Ni semua sebab aku fobia skit nak masukkan kepala kedalam air...kalau berenang pun mendongak je. Ada lah kisah sikit sebab apa aku takut. Dulu masa zaman kecil-kecil pernah tenggelam dalam BAN ( tali air). Selamat masa tu tak panik sangat...berjalan kat dasar ban cari tebing dan capai rumput untuk naik balik...sejak ari tu aku memang fobia sikit masukkan kepala dalam air.


Kelas hari tu terbahagi kepada 3 kumpulan;
1. kumpulan kanak-kanak
2. Kumpulan Wanita
3. Kumpulan Lelaki

          Haaa.. ok lah kan. Cikgu yang ngajar pun ok. Kumpulan lelaki yang mengajar ialah 'coach' Hazman. Kumpulan wanita, coachnya juga wanita ye, jadi tak lah segan sangatkan. Kumpulan ni tak ramai, 5 orang je. Jadi senang la coach nak bagi tunjuk ajar. Rasanya yang 'dewasa' ni lagi susah nak ngajar kot...hahahaha

          Aktiviti pertama haruslah berendamkan...hahaha nak berenang kenalah masuk kolam berendam. Mula-mula coach ajar teknik pernafasan dulu. Aku bab ni memang 'fail'.  Memang nafas pendek, tambah pula kena hembus nafas dalam air. Teknik ni buat secara berperingkat. Mula-mula masukkan hidung dalam air dan hembus nafas (melalui hidung ye bukan mulut). Silibus ni dinamakan sebagai Teknik Bubble. Lepas tu, tenggelam kan kepala dan seterusnya masuk sedalam yang boleh. Kalau boleh sampai dasar kolam. Aktiviti ni akulah yang paling cepat timbul ambil nafas. Tapi lama-lama tu boleh la cecah dasar kolam.
jom kita main-main bubble..
          Kemudian belajar backfloat pula. Yang ni aku ok je sebab kepala ke atas...so kurang fobia. Silibus niaku berjaya dengan cemerlang...hahahaha perasan. Sebenarnya backfloat ni penting, sebab teknik ni dapat membantu perenang untuk berehat. Ye la macam tidur atas tilam air je...
backfloat
           Seterusnya kita ber'kayuh' kaki ye, aktiviti ni namanya 'kicking'...kalau berenang kaki tu kena lah jadi macam paddle kan. fungsinya adalah untuk badan kita terapung ketika berenang. Kicking ni pun fungsinya untuk kita bergerak dan terapung...lepas dan pandai kicking ni barulah ke aktiviti seterusnya iaitu...'Glide/Rocket'.. glide ni macam mana...ha tengok video kat bawah ni..


           Dan bila sampai bab untuk teknik menggunakan tangan dan bernafas....yang ni memang susah bagi aku sebab aku slalu berenang kepala mendongak, tak masuk dalam air. Untuk teknik yang betul kepala kena masukkan ke dalam air dan ada cara untuk mengambil nafas. Aku memang kelam kabut bab ni...mana nak tahan nafas...nak kuakkan tangan...kaki dok kayuh...sampai masa nak ambil nafas...gulppp.... tertelan air.... huwaaaa

          Tapi jangan mengalah la...akhirnya boleh la berenang walaupun teknik masih tak sempurna...ye la baru satu kelas je kot... orang kata apa tu.."practice make perfect".

           Dan silibus yang terakhir adalah 'diving'/menyelam. Fuhhhh yang ni memang mencabar... selamat silibus terakhir...masa ni dah tak takut sangat dah nak masuk dalam air...maksud aku selam. Dan apa yang lebih menarik ada alat-alat bantuan pelajaran....eh macam kat sekolah kan... ye la... kena selam untuk ambil objek kat dasar kolam...sekurang-kurangnya ada objektif bila menyelam tu..dan kita pun usaha lebih nak ambil objek tu..

          Sejujurnya aku sangat suka kelas nih... kelas renang buat pertama kali aku sertai. Banyak teknik-teknik yang betul aku pelajari. Kelas budak-budak tu jangan kira lah...daripada takut awalnya....akhirnya terjun kolam dengan yakin jer... aku pulak jadi kagum menengoknya. Harap-harap dapat lagi peluang untuk kelas-kelas renang lepas...


PAKEJ KELAS RENANG
SWIMMING ACADEMY

2 pakej kelas yang ditawarkan Swimrush Swimming Academy iaitu;

Group Class
Private Class


          Macam mana dengan lokasi?
Lokasi kelas adalah mengikut kehendak pelanggan.
Fleksibel
Kalau rumah ada kolam renang, buat je dekat kolam tu.
kalau ada kolam renang yang berdekatan, tenaga pengajar akan ke lokasi tersebut.
Kalau tak de, boleh je ke tempat diaorang di Taman Kosas, Ampang
Masa pun ikut kelapangan pelanggan

untuk maklumat lanjut boleh la lawati laman-laman dibawah;

Swimrush Swimming Academy
web: www.swimrush.wordpress.com

KELENGKAPAN RENANG


           Pada hari tu, peralatan pembelajaran kitaorang di taja oleh Moonaz Swimming Attire.
Aku pun rasa macam nak cari baju renang satu. Selalu pergi berenang pakai t-shirt cotton biasa je. Macam tak sesuai lah kalau nak ke kolam renang awam. Kita kena lah ikut peraturankan...jangan nak menyusahkan orang...Susah jumpa baju renang tangan panjang untuk lelaki ni...takmo sunburn..hehehehe.. nanti nak pergi lihat-lihat apa yang ada kat Moonaz. Kat mana Moonaz ni?
Tempat-tempat jualan Moonaz ni ada di sini;

1. HQ lorongg Abdullah Jalan kebun.
2. Giant Seksyen 13 Shah Alam
3. M3Mall Gombak.
4. Alamanda Putrajaya
5. Plaza Angsana Johor Bharu

OK, Giant dan Alamanda tu menarik sebab dekat dengan rumah aku...eh Jalan Kebun pun ada..menarik nih

dan untuk lebih lanjut, boleh lawati laman-laman ni;

Moonaz Swimming Attire
Web: www.moonaz.com.my


OKlah, sekarang  mari kita tengok gambar-gambar sekitar kelas renang ari tu;
Orang kata gambar lebih banyak cerita....

group photo

duyung yang terdampar...

warm-up dulu sebelum kesejukkan masuk kolam

orang ngajar berenang...bukan menari Raji weiii

bila cikgu tak nampak...

'water confidence'

ni acara paling aku suka...

kelas kanak-kanak
 
kelas mak-mak...eh wanita

jenuh layan kerenah budak-budak tu kan

Another group photo before 'tamat'
AND
.
.
.
.
.
.
PIC OF THE DAY
aksi merangka si duyung..ke dugong nih?
Tengok gambar ni..ha..kalau dah boleh merangkak dalam air macam tu kiranya memang dah terbaik sangatlah kelas ni kan... betullah aku kata terasa macam duyung...er ke dugong??



No comments:

Post a Comment