alampauh

Wednesday, February 15, 2017

#SayaSihat - Jom sertai kempen kesihatan anjuran #YeosMalaysia

Salam sejahtera...

          Sejak dari kecil lagi memang menjadi pilihan aku kalau nak beli air kotak mesti pilih jenama Yeo's. Ye la kan masa zaman budak-budak, jenama bukannya kita ambil kisah  sangat, asalkan sedap memang menjadi pililhan. Sampai sekarang Yeo's masih menjadi jenama pilihan aku sebab produk Yeo's rasanya memang terjamin sedap. OK , yang bestnya sekarang Yeo's ada buat kempen tau...kontes ni sangat mudah... berbaloi-baloi... jom kita ushar-ushar kontes ni macam mana..


#SayaSihat #YeosMalaysia

          Selari dengan trend zaman sekarang yang mementingkan makanan berkhasiat dan gaya hidup sihat, Yeo's telah mengambil langkah melancar Kempen '#SayaSihat' Bersama #YeosMalaysia. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran buat warga Malaysia tentang betapa pentingnya kita menjaga pemakanan dan juga aktiviti-aktiviti riadah. Jangan asyik terperap dalam rumah nonton tv atau main video game je...


Kempen '#SayaSihat' Bersama #YeosMalaysia

*Hadiah Tempat Pertama:
Baucar tunai Sports Direct ( RM1,000) + Produk Yeo's

*Hadiah Tempat Kedua:
Baucar tunai Sports Direct ( RM800) + Produk Yeo's

*Hadiah Tempat Ketiga:
Baucar tunai Sports Direct ( RM300) + Produk Yeo's

*Hadiah Mingguan:
10 pemenang mingguan
Baucar tunai Sports Direct ( RM150) + Produk Yeo's


          Haaaa...menarikkan hadiah tu... kepada semua yang kaki swafoto, kaki sukan dan riadah tu jom sertai kempen ni. Alang-alang beriadah tu, apa kata snap gambar sikit, join kempen ni. Untung-untung boleh jadi pemenang. Kepada yang jarang-jarang sukan pun boleh dah  cuba-cuba beriadah yang ringan-ringan sambil sertai kempen ni...


OK, macam mana nak sertai kontes ni? Mai nak habaq.


Tarikh kontes : 13 Februari sehingga 23 April 2017
~terbuka kepada semua warganegara Malaysia

  1. Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo’s yang turut berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
  2. Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag  #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
  3. Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
  4. Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.
Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya , 
layarilah laman sesawang Yeo’s di;


atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-28

Pemenang mingguan :

'Week 1'
'Week 2'


'Week 3'
'Week 4'
dan pemenang untuk 'Week 5'....
Berjaya menjadi pemenang untuk 'Week 5'


“Yeo’s adalah produk minuman yang sinonim dan telah di kenali sejak dahulu lagi mempunyai kualiti yang sangat tinggi , Kerana ia kurang gula dan juga tidak mengandungi pengawet, antara yang disyorkan adalah Yeo’s Teh Hijau Jasmine kerana teh hijau baik untuk sistem pembakaran lemak dan mempunyai antioksidan. Manakala soya pula bagus untuk mengekalkan tenaga pada tubuh kita kerana sumber proteinnya”, Kata Ong Chay Seng selaku Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia



TRIVIA:

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo's) terlibat terutamanya dalam pengeluaran , pemasaran dan penjualan produk makanan dan minuman di bawah jenama Yeo's, Cintan, Justea, Soyrich dan Yeogurt. Semua produk makanan dan minuman dikilangkan mengikut pematuhan HALAL dan standard kebersihan yang tegas menggunakan bahan-bahan segar bagi mengekalkan rasa dan perisa semula jadi. Yeo's memegang komitmen terhadap penyelidikan dan pembangunan yang berterusan supaya sentiasa mengikut aliran pasaran terkini.

Dengan kehadiran yang penting dalam pasaran etnik dan sejajar dengan maklamat kerajaan untuk mengembangkan lagi jenama HALAL Malaysia sebagai tanda aras global, Yeo's mempunyai kelebihan dalam peranan Mlaaysia sebagai pusat pengilangan HALAL dunia.

mandi-mandi sungai pun riadah juga...


P/s ; Dah tak sabar nak beraksi untuk join kontes ni... 
produk Yeo's jangan lupa..dapat extra point tuuuu




12 comments:

  1. Hadiah menarik. Hahhaha gambar pun menarik. Kena ltk sekotak yeos tambah jadi penarik . Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nk kena beli air kotak yeos ni...

      Delete
  2. Hadiah menarik. Hahhaha gambar pun menarik. Kena ltk sekotak yeos tambah jadi penarik . Hahhaa

    ReplyDelete
  3. Wahhh menarik contest ni, hadiah pun lumayan!

    ReplyDelete
  4. OO mandi sungai kira riadah ga eh ? hahah.. ok ok. mmg kena selpi time riadah tu ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...selpi sambil berenang-renang ke tepian...

      Delete
  5. jom join, lama tak bersukan ni! hahahahaa

    ReplyDelete
  6. lumayan gak hadiah ni. jom jom

    ReplyDelete