alampauh

Sunday, January 15, 2017

Dugaan di awal tahun

Assalamualaikum,

          Semalam aku ada ceritakan aku nak balik kampung..(pada yang tak tahu sila baca post ni ye :birthday-cake-lagi-ooii ). Ok sambung cerita, aku dah siap nak balik kampung...drive kereta. Kereta aku memang ada bunyi skit. Tapi aku nekad je. Entah macam mana semalam terbuka cerita bab bunyi tu kat group wassap. 

         Ada gak kawan-kawan yang perihatin. Dok tanya pasal keadaan kereta. Aku yang mulanya nekad je nak balik, terus rasa was-was plak. Dah jadi perasaan 50-50 plak. Korang mesti tau kan kalau ada perasaan was-was ni memang tak best nak jalan jauh.

          Aku bab kereta ni memang fail. Lepas sembang-sembang kejap kat wasap tu, aku ambil keputusan nak teruskan perjalanan. Eh aku wassap bukan masa drive tau, aku berhenti kat galeri Mufors tepi highway elite tu. Berhenti situ sebab kawan aku soh check nut dan tayar kereta. Lepas check semua tu aku sambung perjalanan balik kampung ke Penang.

          Tapi makin lama makin kuat pulak bunyi berdengung dalam kereta aku nih. Kekadang sampai sakit telinga. Lepas tu aku call kawan aku kat Penang...aku pakai handfree ye. Bila cakap ngan dia, dia kata kuat sangat bunyi tu. Adeh, bertambah was-was aku. Nak balik Penang ke tak. Aku nak balik sebab kawan opis aku kawin.

         Aku berhenti kejap kat RNR Rawang, pikir balik macam mana. Ish bunyi berdengung ni kuat sangat dah. Sakit telinga aku, kalau 4 jam ke Penang tu mau pekak plak telinga aku nih. Kawan aku pun macam tak galakkan aku balik. OK lah aku patah balik je lah. Aku mesej siap-siap kat kawan aku dan family aku yang aku tak jadi balik sebab kereta ada problem.

          Keesokkan harinya aku bawa kereta aku pergi kedai untuk check. Pomen tu drive kereta aku satu pusingan, keluar kereta terus dia kata BEARING problem. WHATTT?!!! Bearing tu aku baru tukar awal bulan 12 lepas. Mileage pun baru 1000km je sejak tukar tu. Aduh dugaan sungguh aih...

         Nak tak nak kena tukar juga lah kan. Takkan nak naik kereta bunyi kuat sampai sakit telinga  tu. Tukar je lah, walaupun dalam hati ada nangis oooo... ye la baru bercita-cita nak menabung tahun nih. Banyaak sungguh dugaan. Pomen tu siap suruh aku pegang absorber dan dia pusing-pusingkan tayar nak bagi aku rasa gegaran bearing tu...ok lah uncle tukar je lah...huhuhuhu

Dan bila pomen tu buka bearing tu... memang tu lah puncanya...

macam-macam lah ko ni cik Suria ooiii... barai poket pakcik

sebelah kiri pecah...
sebelah kanan retak...

         Bagi aku takpelah kuarkan duit sikit repair kereta ni, bukannya apa, bahayakan kalau naik kereta yang condition nya tak ok. Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain jugak. Takpa lah janji aku rasa selamat skit memandu lepas nih... eh betul ke kereta ni merajuk kalau kita cadang-cadang nak ganti yang baru...huhuhuhu...banyk kali terkena dah ni...

          Oh ya petang tadi plak si no. 2, cik Max molek plak nak kena servis, dah cukup milage...adeh. Aku pergi bengkel kat taman ni je... nama The Store. Aku pergi sebab nak support bengkel motor milik bumiputra. Aku bukan rasis, cuma tak banyak workshop milik bumiputra ni...apa salahnya support kan. Apa yang menarik kedai ni ada SPA untuk motor....

ni lah kedainya...selesa, wifi pun ada..
Cik Max Molek tengah diservis.
Tu la menu untuk SPA motor kat sini...
hurmmm...tayar motor scooter pun banyak pilihan.. best


tu je lah hari-hari bujang aku hari ni...


6 comments:

  1. Fuh ganas sangat bawa kete nie sampai bearing pecah dan retak...biasalah kadang2 nie kenderaan kita pun nak benda yang baharu juga...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Fuh ganas sangat bawa kete nie sampai bearing pecah dan retak...biasalah kadang2 nie kenderaan kita pun nak benda yang baharu juga...huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Tak ganas tara mana pun... nasib badan je nih..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete