alampauh

Sunday, January 15, 2017

Dugaan di awal tahun

Assalamualaikum,

          Semalam aku ada ceritakan aku nak balik kampung..(pada yang tak tahu sila baca post ni ye :birthday-cake-lagi-ooii ). Ok sambung cerita, aku dah siap nak balik kampung...drive kereta. Kereta aku memang ada bunyi skit. Tapi aku nekad je. Entah macam mana semalam terbuka cerita bab bunyi tu kat group wassap. 

         Ada gak kawan-kawan yang perihatin. Dok tanya pasal keadaan kereta. Aku yang mulanya nekad je nak balik, terus rasa was-was plak. Dah jadi perasaan 50-50 plak. Korang mesti tau kan kalau ada perasaan was-was ni memang tak best nak jalan jauh.

          Aku bab kereta ni memang fail. Lepas sembang-sembang kejap kat wasap tu, aku ambil keputusan nak teruskan perjalanan. Eh aku wassap bukan masa drive tau, aku berhenti kat galeri Mufors tepi highway elite tu. Berhenti situ sebab kawan aku soh check nut dan tayar kereta. Lepas check semua tu aku sambung perjalanan balik kampung ke Penang.

          Tapi makin lama makin kuat pulak bunyi berdengung dalam kereta aku nih. Kekadang sampai sakit telinga. Lepas tu aku call kawan aku kat Penang...aku pakai handfree ye. Bila cakap ngan dia, dia kata kuat sangat bunyi tu. Adeh, bertambah was-was aku. Nak balik Penang ke tak. Aku nak balik sebab kawan opis aku kawin.

         Aku berhenti kejap kat RNR Rawang, pikir balik macam mana. Ish bunyi berdengung ni kuat sangat dah. Sakit telinga aku, kalau 4 jam ke Penang tu mau pekak plak telinga aku nih. Kawan aku pun macam tak galakkan aku balik. OK lah aku patah balik je lah. Aku mesej siap-siap kat kawan aku dan family aku yang aku tak jadi balik sebab kereta ada problem.

          Keesokkan harinya aku bawa kereta aku pergi kedai untuk check. Pomen tu drive kereta aku satu pusingan, keluar kereta terus dia kata BEARING problem. WHATTT?!!! Bearing tu aku baru tukar awal bulan 12 lepas. Mileage pun baru 1000km je sejak tukar tu. Aduh dugaan sungguh aih...

         Nak tak nak kena tukar juga lah kan. Takkan nak naik kereta bunyi kuat sampai sakit telinga  tu. Tukar je lah, walaupun dalam hati ada nangis oooo... ye la baru bercita-cita nak menabung tahun nih. Banyaak sungguh dugaan. Pomen tu siap suruh aku pegang absorber dan dia pusing-pusingkan tayar nak bagi aku rasa gegaran bearing tu...ok lah uncle tukar je lah...huhuhuhu

Dan bila pomen tu buka bearing tu... memang tu lah puncanya...

macam-macam lah ko ni cik Suria ooiii... barai poket pakcik

sebelah kiri pecah...
sebelah kanan retak...

         Bagi aku takpelah kuarkan duit sikit repair kereta ni, bukannya apa, bahayakan kalau naik kereta yang condition nya tak ok. Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain jugak. Takpa lah janji aku rasa selamat skit memandu lepas nih... eh betul ke kereta ni merajuk kalau kita cadang-cadang nak ganti yang baru...huhuhuhu...banyk kali terkena dah ni...

          Oh ya petang tadi plak si no. 2, cik Max molek plak nak kena servis, dah cukup milage...adeh. Aku pergi bengkel kat taman ni je... nama The Store. Aku pergi sebab nak support bengkel motor milik bumiputra. Aku bukan rasis, cuma tak banyak workshop milik bumiputra ni...apa salahnya support kan. Apa yang menarik kedai ni ada SPA untuk motor....

ni lah kedainya...selesa, wifi pun ada..
Cik Max Molek tengah diservis.
Tu la menu untuk SPA motor kat sini...
hurmmm...tayar motor scooter pun banyak pilihan.. best


tu je lah hari-hari bujang aku hari ni...


Friday, January 13, 2017

Birthday Cake lagi ooii...dah tua-tua ni baru nak sambut

Assalamualaikum...

          Tiap-tiap tahun semenjak aku mai KL ni, mesti ada acara tiup lilin birthday. Depa ni memang suka makan kek free sebenarnya. sebelum mai KL ni aku memang tak pernah sambut birthday nih... errr jap nak pikir balik..mungkin ada kot...tapi gitu-gitu je... tak de lah tiup-tiup lilin bagai..

          Tapi semenjak kerja KL ni.. depa tak pernah miss...hmmm... cuma tahun pertama aku mai sini je kot yang miss sambut birthday ni...sebab apa? sebab aku mai sini bulan Februari, birthday aku dah lepas...hahahaha

          Tiap kali time-time macam ni, maksud aku minggu birthday ni la kan...kena alert...tapi hari ni terkejut jugak. Sebab semalam dah kuar makan. Depa ni kalau nak sambut, ikut suka hati depa je.. kadang-kadang awai dari tarikh lahir... mcm hari ni, sehari selepas....pernah jugak seminggu lebih baru sambut...

          Hari ni time aku kalut kerja...time bizi..depa dok atur...elok aku pi toilet ja depa buat kerja no...balik kat tempat aku tengok kek dah ada atas meja...terkejut gak...sebab memang tak sangka...sat ja pun aku pi toilet tu...dan depa no...


fuh...sekali tiup jer..

          Tapi aku nak ucap terima kasih lah jugak kat depa...meriah jugak lah hari jadi aku nih... terima kasih ye kawan-kawan sekalian...dah tua-tua ni baru nak tiup-tiup lilin bagai...hehehehe... rezeki masing-masing lah kan..         


ni lah kek nya...

carrot kek wei..nyum3

ni pun ada orang banje..

Yang paling best tahun ni sebab ada kawan-kawan yang sengal macam ni...sambut bithday aku tapi aku tak dijemput pun...kuang asammm...tak caya tgk video nih

video

awat bideo jagi lagu tu??? lantak lah...

aku nak cepat nih..nak balik kampung...huhuhu dah pukoi 9.30 dah ni..














Thursday, January 12, 2017

MyTOWN Shopping Centre : Peluang Memenangi RM10k!

Assalamualaikum/ Salam sejahtera


MyTOWN? kat mana tu? ...Ha ni shopping mall baru yang akan dibuka tak lama lagi. Ianya akan menjadi satu tarikan baru untuk semua kaki-kaki shopping... hahahaha...tapi yang paling best sebab ada contest weiii... Hadiah??? RM10,000!.. rugilah siapa yang tak join...

Tak sabar nak pergi ke? Sabar ek sebab MyTOWN shopping center ni akan dibuka tak lama lagi bukan sekarang. Dijangka pada awal tahun ini, 2017. 

Lokasi? Pernah pergi IKEA Cheras tak? MyTOWN ni betul-betul bersebelahan dengan IKEA Cheras...ini memang literally bersebelahan sebab bangun dua-dua tu bersambung...sesiapa yang suka shopping kat IKEA tu lepas ni boleh la lajak sikit ke MyTOWN sebab banyak benda menarik menanti anda.

Inilah illustrasi shopping mall baru tu ; MyTOWN
Ha, sementara kita menunggu pembukaan rasmi MyTOWN, apa kata kita cuba dulu contest yang sedang hangat berlangsung nih...senang je...hadiah RM10,000 tu, rugi tak join...

Peraduan #GooseySelfie 

Mudah je cara-caranya:
  1. Layari laman  https://www.gooseyselfie.com.my/
  2. Klik “Join Now”.
  3. Klik “Start”
  4. Sila login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri.
  5. Muat turun gambar anda yang sudah sedia ada dalam koleksi galeri (handphone)  atau rakam gambar anda yang terbaru dengan mengunakan kamera phone atau webcam anda.
  6. Sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar anda yang dipilih.
  7. Klik ‘Submit’.
  8. Kemudian share ke Facebook anda beserta #GOOSEYSELFIE.
HONK! HONK! Abam dah join...
10 pemenang akan dipilih setiap minggu dan boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka... tunggu apa lagi unleash your creativity and be a winner!!!

p/s; Jangan lupa ye, nanti kita serbu MyTOWN ramai-ramai... ;)