alampauh

Saturday, December 24, 2016

FIM Asia Supermoto: Merempit yang menguntungkan

السلام عليكم Salam Sejahtera


Round 4 : Stadium Shah Alam, Selangor

            Siapa kata merempit ni tak boleh buat duit? Kalau kena dengan caranya boleh menguntungkan. Kalau merempit kat jalan raya tu memanglah merbahaya, bukan setakat diri sendiri, orang lain pun boleh terjebak sama. Baik merempit di litar-litar lumba secara 'halal', lebih menguntungkan.

                       Minggu aku lepas berpeluang pergi melihat lumba motor 'halal' di Stadium Shah Alam. Dah lama tak tengok lumba motor ni. Feeling dia lain macam. Hanya mat motor je paham...hahahaha...aku jadi penunggang motorsikal sejak umur 16 tahun. Orang kata memang sebati dah dengan motor nih. Tetapi aku bukanlah seorang pelumba. Nak jadi pelumba hati kena kental bro. Tambah-tambah masa nak amek corner/selekoh...gayat oooiii..

Kita swafoto dulu bersama gegantung FIM dan KBBA9
Perlumbaan  ini dianjurkan oleh FIM Asia Supermoto dan perlumbaan di Shah Alam merupakan pusingan yang terakhir untuk tahun 2016. Terdapat 4 pusingan untuk tahun ini;
1) Pusingan 1 - Newcastlem, Australia
2) Pusingan 2 - Malang, Indonesia
3) Pusingan 3 - Angeles City, Filipina
4) Pusingan 4 - Shah Alam, Malaysia

Rider berpakaian lengkap sebelum berlumba; safety first
Kalau pakai motor ni pi kerja boleh tak?...
                              Race motor ni kalau tengok depan tv dan live memang beza. Kalau live ni feel dia lebih sikit. Tengok depan mata baru syokkk... tengok macam mana rider ambil selekoh...fuhhh..berapi...Ada rider yang macam tak brek langsung je....selamba je... Aku memang tak ada keberanian yang macam tu la...kalau selekoh memang acah-acah je la...takoootttt..
                       Nak jadi pelumba ni kena ada skil dan keberanian...tapi lumba secara sistematik macam ni kurang sikit risiko sebab motor diselenggara dengan baik dan pakaian pun memang sesuai untuk berlumba...tak macam mat rempit kat jalanraya..memang tak sayang nyawa.
Selekoh = skil + kelajuan + keberanian + tekad
/
rasanya apa perasaan racer-racer ni ek?
senget jangan tak senget...
flying without wing...
Eh, lupa plak...apa yang paling membanggakan juara keseluruhan pada tahun ni ialah Muhammad Habibullah a.k.a Gabit. Gabit telah menjadi juara acara Open International class dan juga Asian Class.
TAHNIAH GABIT!!!
Kibaran Jalur Gemilang
Wajah sang juara! Gabit

*Foto Gabit oleh wahid ooi Abdullah, kalau sesiapa yang nak tengok banyk lagi gambar boleh ke FB FIM Asia Supermoto. Bagi yang tak berkesempatan untuk tengok live tahun ni, tunggu tahun hadapan ye..harap-harap acara macam ni berterusan lah kan...menguntungkan untuk anak-anak muda kita...menang dapat duit, boleh ke luar negara...mengahrumkan nama negara...tak untung ke cam tu? untungkan? hehehehe

Team KBBA9
aksi terlebih hidu asap motor...keh keh keh