alampauh

Monday, October 24, 2016

JOM CEGAH DENGGI!!!..Gotong-royong Taman Crystal 2016, Bandar Saujana Putra

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Aktiviti gotong-royong kejiranan Taman Crystal, Bandar Saujana Putra.

          Jom kita bergotong -royong dihujung minggu...ok ni aktiviti pagi tadi..bukan selalu pun ada gotong-royong ni kan...jadi aku pun ambil peluang utuk ikut serta...apa salahnya kan, bukan taman orang lain, taman perumahan aku juga. Selain dari tu dapat juga kenal-kenal dengan jiran tetangga kan?

         Orang macam aku ni yang selalu terperap dalam rumah memang jarang berjumpa dengan jiran. maklumlah keluar pagi, malam baru sampai rumah...Jadi ni salah satu peluang untuk memupuk semangat kejiranan kannn...

         Acara bermula jam 8.00 pagi..bermula dengan pendaftaran..dan SARAPAN!!! yes! makan free.. ye la perlu lah makan dulu sebelum nak buat kerja kan. Selepas tu ada lah sedikit ucapan dan penerangan daripada penyelaras program...

         Apa yang menarik kehadiran para peserta kali ni merupakan yang tertinggi di daerah Kuala Langat. Sebenarnya aku tak pasti ketegori apa...tapi tumpang gembira je la... rekod kehadiran gotong-royong sebelum ini 80 orang... dan kehadiran peserta gotong-royong Taman Crystal kali ini adalah 160 orang...ramai jugak kan? 

         OK lah, peserta dibahagi kepada 4 kumpulan, 2 kumpulan bersihkan kawasan A dan 2 kumpulan kawasan B. Aku kumpulan 4 dan ditugaskan untuk bersihkan kawasan B.. rumah aku kawasan A. Takpe lah, yang penting buat kerja dengan sepenuh hati sambil berharap kawasan rumah aku pun diaorang bersih dengan ok.

          Banyak juga benda-benda yang nak dibersihkan dikawasan lorong belakang rumah ni ye.. hehehehe...tapi takpe, gotong-royong semua benda jadi ringan...berkerja sambil berbual dan bergelak tawa memang kurang rasa penatnya. Masing-masing buat kerja tanpa perlu diarah. Adad yang tebas semak samun, sapu sampah, cabut pokok, tebang pokok, cuci longkang, angkut sampah dan macam-macam lagi. Akhirnya kami berjaya membersihkan 2 lorong. Semak-samun, sampah sarap dan longkang tersumbat dah dibersihkan...fuhhh lega...dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 11.30 pagi..

         Selesai acara gotong-royong bersih kawasan, ada acara cabutan bertuah...hahaha bertuah juga aku kali ni sebab dapat hadiah..dan ada orang sponsor makan tengahari. Fuh nasi daging dan sup daging, makan lepas kerja berat ni memang berselera...diet? tak perlu kot sebab dah banyak bakar kalori.

Apa pun terima kasih kepada semua yang menjayakan program ni...jom layan gambar-gambar sekitar aktiviti ni berlangsung...biasalah blogger mesti snap gambar...hahaha
Kitaran hidup nyamuk aedes
Sesi pendaftaran sebelum acara bermula
Sarapan pagi ada wei..ye la kena makan sebelum bekerja..
Sesi penerangan untuk melancarkan perjalanan program
Antara peserta yang membersihkan kejiranan kawasan A
Kumpulan 4 : membersihkan lorong 7/3 7/4, kawasan kejiranan B
Hasil tuaian...
Cari apa tu bang?!!
Susun elok-elok, banyak lagi sampah sarap tu...
Masing-masing tekun membersihkan kawasan kejiranan.. kipidap!!!
Kerjasama peserta gotong-royong Taman Crystal, Bandar Saujana Putra. Salut!
Mari kita tengok sapa yang menang...
Backhoe yang meringankan kerja-kerja gotong-royong..tq MDKL
Lepak jap setelah selesai membersih..
Sedap ooo...lepas penat kerja..memang sedap makan ramai-ramai kat padang
Pakcik menang!!! hadiah cabutan bertuah..dapat ni pun kira ok..yang penting semangat kejiranan.

Dan terima kasih kepada mereka yang telah membersihkan kawasan belakang rumah aku...aku akui memang semak sangat-sangat sebab tak de masa..dah berbulan aku tak keluar ikut pintu belakng tu...sekarang dah cerah!!! tak macam taman negara dah...terima kasih sekali lagi...

Dah cerah belakang rumah aku...TERIMA KASIH ikhlas dari hati..

Saturday, October 22, 2016

Bersenam di pagi hari, jom gaya hidup sihat jom!



         Assalamualaikum...apa khabar? Hari ni rutin aku lain skit..pagi-pagi lepas subuh dah beria siap-siap nak berbasikal...basikal aku ni dah lama tak naik...berhabuk dah pun...kalau dah lama tersimpan je tu, paham-paham lah, angin tayar pun tak dak dah. Kena la pam dulu sebelum tu. Pam memang dah ada kat rumah ni. Memang saja beli sebab dah agak dah basikal tu akan terperam jadi harta karun...simpan bawah tangga je.

         Tapi ari ni angin rajin bersenam mai...rajin la nak pam semua tu. Basikal ni aku beli sebelum puasa, nak naik pi masjid malam-malam...habis bulan puasa, basikal pun dok bawah tangga..Dah siap semua...kayuh la ke jalan tar belakang rumah je. Jalan tu tepi hutan. Waktu pagi syok juga la,sejuk je. Rupanya ramai juga yang berjogging dan berbasikal kat situ. Aku first time bersenam kat sini. Memang aku lah yang ketinggalan. Memang jadi tempat penduduk taman ni beriadah kat situ. Ada yang dah ada geng bersenam dah aku perhatikan. 

          Dah kayuh 3 pusingan, aku check fitbit aku...eh tak nyala plak...aduh bateri pulak kong... kenapa lah time-time aku rajin bersenam ni bateri boleh kong pula. Tak de la rekod bersenam aku untuk hari ni..tapi dah alang-alang bersenam tu teruskan je... lepas berbasikal, aku berjogging/walking pula sebab rasa macam peluh tak banyak keluar. Basikal dah aku hantar kat rumah. Lepas tu aku pergi jogging. 

         Hmmm... dah lama gila aku tak jog ni. Sejak lutut aku injured, memang aku tak lari dah. Dah 4 tahun rasanya. Jadi hari ni aku cuba berlari semula...berhuhuhu je la...memang semput baq hang. Dapat la buat 2 pusingan. Aku tak tau berapa km...jap nak check google..hmmm...one way around 1.8k.. kayuh basikal kira-kira dalam 8km tadi... jog 2km... patut la penat sampai ke petang nih...

         Ni rajin nak update bukan apa.. tengah tunggu orang pasang aircond kat rumah ni..janji pukul 2 petang.. sekarang dah pukul 3 dah. Dah mesej, dia kata kerja dia kat tempat lain belum selesai..berhuhu lagi lah...nak buat macam mana...tapi leceh lah kan dok menunggu ni..program semua terbantut...nanti aku citer pasal aircond dalam entri yang lain lah... hehehehe...bye bye...dia dah mesej OTW...

Jalan tar belakang rumah je..sebelah tu hutan simpan katanya..
muka tercungap-cungap dah tu sebenarnya...pancit, semput semua ada...


Thursday, October 20, 2016

Syoknya mandi di Air terjun Pelangi ( Rainbow Waterfall ), Sungai Lembing

         Nak cerita pasal aktivi masa kat Sungai Lembing, salah satu darinya adalah ke Air terjun Pelangi atau lebih dikenali dengan nama Rainbow Waterfall. Memang sangat-sangat teruja bila nak pergi ke rainbow watefall tu sebab dah lama tak mandi sungai. Tapi betoi ka ada pelangi kat situ? Aku memang tak pernah sampai lagi. Ni kali pertama nak pergi dan sebelum ni dok dengar-dengar cerita orang je.

        Pagi-pagi kami dah nak kena gerak sebab rainbow waterfall tu terletak agak jauh juga dari Xcape Resort, tempat penginapan kami. Kalau nak tengok pelangi kat air tejun tu memang kena gerak pagi sebab nak dapat masa yang tepat untuk pelangi muncul... mesti semua tahukan, pelangi terjadi kalau ada biasan air dan sinaran matahari. Jadi timing kena cantik kalau nak tengok pelangi ni. Kalau lewat sangat takut kedudukan matahari dah tak sesuai, nanti pelangi tak jadi plak.

           Lepas sarapan kat resort, kami pun bergerak ke air terjun. Nak ke sana kena naik 4 wheel drive (4WD), jauh kot...jenuh kalau nak jalan. Baru je beberapa minit bergerak, tetiba ada pula pokok tumbang. Adeh.. terpaksa lah tunggu pokok tu dialihkan dulu...hmmm... dan lepas tu alhamdulillah..perjalanan dengan 4WD berjalan lancar...tapi paham-paham sajalah kalau naik 4WD kat jalan hutan ni...ke kiri ke kanan..naik turun bukit la...bukan naik keta kat highway..

Laluan ke Rainbow waterfall...
Sementara lalu 'dibersihkan' dari pokok tumbang...kita snap-snap gambar dulu.. #blogger

        4WD ni hantar sampai kat satu tebing sungai je. Sampai situ je, sebab lepas tu untuk ke Rainbow Waterfall kena seberang sungai...tak ada titi...harung sungai...jadi kalau nak pergi situ disarankan bawa beg kalis air ye. 

cuba teka...dalam tak?

         Lepas harungi sungai, kena berjalan sejauh agak-agak dalam 2km untuk sampai ke air terjun. Ni kira macam mini jungle trekking and hiking. Aku suka sebab sambil jalan tu boleh tengok-tengok keindahan hutan ni. Bukan selalu nak masuk dalam hutan...dok KL masuk hutan batu je. Laluan agak senang sebab memang dah ada trek untuk ke air terjun. Bukan betul-betul redah hutan...sepanjang laluan tu pun ada mini air terjun yg menarik.

Laluan yang bersih..selamat untuk pengunjung
'Tali sokongan' bagi memudahkan perjalanan...
Antara 'mini air terjun' yang dapat dilihat sepanjang laluan..


          Bila nampak je Rainbow waterfall tu....Masha Allah...tingginya...masa tu memang tak sabar dah. dan bila betul-betul berada di kawasan air terjun tu...fuhhhh...seronoknya...hilang rasa letih jalan tadi..dan perkara pertama yang dibuat....CARI PELANGI...hahaha dah nama pun Rainbow Waterfall kan...mula-mula tu memang risau juga sebab langit macam mendung je..kalau mendung mana nak ada pelanginya. Tapi kami bernasib baik la sebab matahari cerah je lepas tu...jadi memang dapat tengok pelangi...dan pelangi memang banyak gila kat situ...

Masha Allah...indah ciptaan tuhan..
         Sebab apa pelangi banyak kat situ? Kedudukan air terjun yang mengadap matahari...tiupan angin yang kuat dan air terjun yang tinggi...Bila air tejun tu tinggi dan angin kuat, maka banyak la biasan / tempias...dan bila kena sinaran matahari......jeng jeng jeng...muncullah pelangi...hahahaha... kot mana tengok pun nampak pelangi...kadang-kadang nampak sampai 3 sekali...air sejuk dan berangin...pergh memang menggeletar weiii kalau bekalan lemak dalam badan tak mencukupi....hehehehe...nak cerita banyak pun tak guna, jom tengok gambar-gambar bawah ni...

Teruja sangat sebab memang banyak pelangi kat sini
Jejaka-jejaka KBBA9...
Nak pose kat sini memang kena tahan dengan curahan air...macam bomba dok semboq ayaq..
Kitaorg jenuh cari port kat belakang tu..dia senang-senang lepak depan...
En Boss pose ala-ala majalah mangga..muhahahaha merecik
Ni pose apa? patah hati...sebenarnya nak cover sejuk tu...
Lepas mandi dapat maggi dan milo panas....nikmattttnyaaa



Sesiapa yang datang ke Sungai Lembing ni, ambil la peluang ke sini...memang tak menghampakan...satu pengalaman yang sangat menarik.. kalau ada peluang nak pergi lagi lah... 

p/s :Gambar- gambar kredit kepada geng2 KBBA9 yang pergi Sg. Lembing...


Tuesday, October 11, 2016

Sungai Lembing : Xcape Resort, close to nature, Feels like home..

السلام عليكم Salam Sejahtera


Xcape Resort, Sungai Lembing, Kuantan- Pahang
                  Dah lama tak buat aktiviti 'outdoor' ni. Aku berkesempatan lagi sekali bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) menyertai aktivi kembara KBBA9 ni. Destinasi kali ni adalah Sungai Lembing, yang terletak di daerah Kuantan, Pahang

                    Sebelum ni aku memang tak tahu apa-apa pun pasal Sungai Lembing. Sebelum pergi tu, sebab teruja punya pasal, aku ada la buat research sikit-sikit. Rupanya Sungai Lembing adalah sebuah pekan lama yang membangun pada zaman 1860. Apa yang aku dapat tahu lagi, terdapat juga lombong bijih timah di sini. Selama ni aku ingat lombong-lombong bijih semua ni kat negeri Perak je...hehehe nampak sangat sejarah fail.

Ha, kalau mai sini, ada beberapa tempat yang best untuk dilawati, antaranya adalah;
                                             1. Air terjun Pelangi (Rainbow Waterfall)
                                             2. Bukit Panorama ( Panorama Hill)
                                             3. Muzium Sungai Lembing
                                             4. Terowong Lombong Bijih Timah
                                             5. Jambatan Gantung
                                             6. Kedai-kedai makan tempatan... hehehehe

                     Kembara kali ni 2 hari 1 malam je.. jadi pada sesiapa yang nak lari dari hiruk-pikuk kota metropolitan KL tu, memang satu destinasi yang ideal. Boleh buat aktiviti hujung minggu je..ok kan? tak payah ambil cuti. #dekatjer
Welcome to Xcape Resort, Sungai Lembing
                   Ok, sepanjang aktiviti ni kami menginap di Xcape Resort yang terletaknya di tengah-tengah hutan simpan. Kalau nak ke Xcape Resort kena naik 4x4. Jaraknya kira-kira 30 minit dari pekan Sungai Lembing. Jalan memang tak boleh nak masuk dengan kereta biasa sebab tak rata dan berbatu-batu..siap kena lintas sungai lagi. Tapi aku tabik la kat Ayue dan Jean sebab ke Xcape Resort tu dengan skuter jer.

Tabik la dengan makluk 2 orang ni...skuter tau skuter, bukan scrambler..
Be human, not robot...back to your nature dude
             Semasa naik 4x4, sambil tengok-tengok keindahan alam semulajadi kan..kiri kanan hutan...dan biasalah kalau dah blogger tu...mesti akan check signal...nak update ko..tapi paham-paham je lah kalau masuk hutan...memang tak dak signal lah...kepada sesiapa yang nak pergi, bersedia menjalani hidup tanpa internet ye...dan memang itu tujuannya.

                    Dan bila sampai kat Xcape Resort tu... Mak aiiii...cantiknya kawasan dia. Aku memang tak letak expectation yang tinggi pun. maklumlah resort tengah-tengah hutan. Tapi bila sampai..fuyooo...cantik, menarik, tertarik ko memang debommm...

Jom ke seberang
Ni ditengah-tengah hutan tau...cantik dan bersih kan?
                    Semasa berjalan ke resort pun aku dah suka dengan lanskap dia... tersusun dan bersih. Lepas sedikit briefing, kami ke bilik untuk rehat sebelum aktiviti seterusnya. Chalet-chalet kat sini memang superb. Chalet yang Aku dok tu boleh muat 4 orang dan yang paling best ada aircond wei...
( errkk rumah aku pun tak dak aircond).. bayangkan lepas penat beraktiviti malam tu tidoq dalam aircond..fuhhhhh
                   Kalau nak mandi, water heater pun ado. Tapi aku lagi suka mandi air sejuk...best, rasa segar...tambah-tambah dok kat hutan kan...udara pun segar.

Ni la chalet no 12. Tempat Ben, Jean dan aku tidoqqq..
Chalet dia terletak agak berjauhan antara satu sama lain...for your privacy :)
selesa sangat aih tidoq kat sini..tengok tilam tuh...
                    Selain tu ada banyak lagi fasiliti kat sini. Antaranya dan yang paling aku suka - buai.. lama tak naik buai ooi... buai atau bahasa glamornya 'hammock' ni memang best. Waktu malam naik hammock ni memang boleh terlelap teruih. Memang berebut la masing-masing nak tidoq kat hammock ni...hahaha.. tak dapat tempat? tolong buai je lah kan...


Mula-mula sampai, masing-masing berebut nak tidoq kat hammock ni..
Fuh memang best giler...tenang dan nyaman
malam ada BBQ wei...ruang untuk makan dan aktiviti kumpulan ni memang luas
Tu je lah dulu yang dapat aku ceritakan buat setakat ni...dengar cerita akan ada lagi lawatan ke sini...yahooo...nanti aku cerita lagi


Eh kalau sesape yang nak datang sini boleh klik kat link bawah ni


Selain daripada tu banyk lagi kemudahan kat Xcape Reosrt ni. Detail boleh juga tengok kat gambar bawah ni.