alampauh

Sunday, September 4, 2016

"Excuse me, where's the W.C?"

السلام عليكم Salam Sejahtera


         Sedang aku dan seorang kawan tengah lepak-lepak di kawasan berhampiran Masjid Putra, ada seorang budak lelaki cina datang bertanyakan soalan. Aku rasa budak ni daripada segerombolan pelancong yang sedang melawat Putrayaja. Mungkin dari Taiwan atau Hongkong ataupun dari tanah besar China.

          Eh, melalut pulak dah. Budak lelaki tu datang dan bertanya, "Excuse me, WC?" Aku dan kawan aku memandang satu sama lain. Dua-dua menunjukkan muka tak paham. Budak tu ulang lagi,"W.C..W.C" .. "oh my godddd" budak tu mengeluh... Eh, apa benda yang kau nak ni? siap berdrama pulak depan aku ni... adeh la... 

         Aku pun apa lagi teka la apa yang dia cari.. "Toilet?..restroom?... Gents?... washroom?"..
"The toilet just over there" sambil aku tunjuk arah public toilet yang ada kat situ. Selalunya kalau pelancong datang bertanya tu memang cari tandaslah kan..lepas tu budak tu terus lari kearah tandas tu...hmmm... no thank you meh?

         Tengah dok syok-syok tangkap pokemon, ada lagi yang datang bertanya. Kali ni seorang perempuan dan anaknya. "Excuse me, W.C?" hah....lagi...soalan yang sama juga... W.C...apa ke benda W.C ni.. aku pun tanya balik "restroom? ladies? toilet?".. perempuan tu angguk kepala.. aku terus tunjuk arah tandas tadi..

         Aku paling kat kawan aku.. "eh, ko google apa benda W.C tu sekarang"..dia pun google:

WC is derived from "water closet" (flush toilet), and is commonly used on signs to indicate the location of a public toilet

         Huh, rupanya tak cukup lagi pengetahuan aku pasal toilet ni ye. Sekurang-kurangnya dapat jugalah pengetahuan baru. Aku pun hairan juga pasal apa kat Malaysia ni orang jarang (memang tak pernah dengar sebelum ni) guna WC ni? 

         Kemudian kawan aku bagitahu yang hasil dari 'googling' dia yang WC selalu digunakan untuk 'FREE PUBLIC TOILET'... betul ke? kalau betul, patutlah jarang sangat WC digunakan kat Malaysia ni sebab banyak tandas-tandas awam kat Malaysia ni nak masuk kena bayar...huhuhuhu


Water closet @ public toilet




9 comments:

  1. Ok noted.. baru tau WC tu.. ingatkqn 'welcome' aje.. haha memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan..tercengang2 gak memula tu..

      Delete
  2. Replies
    1. Ingatkan apa kebenda lah.. toilet jah..

      Delete
  3. Ok noted.. baru tau WC tu.. ingatkqn 'welcome' aje.. haha memalukan.

    ReplyDelete
  4. wc tu bukan wash and clean ke?...btw salam kenal dari saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Google naik benda tu.. "water closet"... hmmm...mmg tak tahu pun sblm ni..wash and clean.. mgkn... btw salam kenal gak..

      Delete
  5. hahahha mujur baca blog aznan ni...julia pun tak tau WC tu apa...ilmu baru...water closet..hahhahahaha

    ReplyDelete