alampauh

Saturday, September 3, 2016

ETS : Indah khabar sahaja?

السلام عليكم Salam Sejahtera



          Dah lama tak gunakan pengangkutan awam ni. Minggu lepas berkesempatan menggunakan perkhidmatan ETS. tak tahu ETS tu apa? HAHAHA... mustahil sebagai rakyat Malaysia tak tahu apa itu ETS kan. Keretapi laju tu... yang ala-ala cam kat jepun tu ( tengok dlm tv je, aku tak pernah sampai jepun pun).

         Sudah sekian lama tak menggunakan pengangkutan awam, sebab? Paham-paham je lah kan. Banyak faktor menolak daripada faktor menarik. Tapi disebabkan ramai yang dah naik ETS, aku pun teringin jugalah nak merasa. Nak juga tahu, dah berubah ke taraf perkhidmatan pengangkutan awam kat Malaysia ni.

        Tambahan pula, kekerapan tren ETS dah banyak. Aku selalu juga tengok jadual ETS ni. Dulu memang sikit je trennya. Tu pun sampai Ipoh sahaja. Sekarang ni dah sampai Padang Besar. Kira dah makin baiklah. Kepada sesiapa yang nak tahu jadual perjalanan ETS boleh klik link di bawah ni ye;



        Tapikan.... ada tapinya...aku cuba untuk book online tiket ETS ni, tetapi hampa. Memang tak boleh nak dapat tiket asyik keluar error je. Bukan sekali aku cuba, 5-6 kali dalam masa 2 minggu. Tapi disebabkan rasa malas nak drive dan nak merasa naik tren balik Penang, aku usahakan juga untuk dapatkan tiket...pergi kaunterlah jawapnya.

         Nak tahu apa terjadi? aku pergi kaunter KTM kat KL Sentral pukul 8.30 malam. Yang boleh aku puji kaunter buka sampai pukul 1 pagi (kalau aku tak salah dengar...hehehehe...) Tapiiiii... Offline lah pula... sistem down... aku tanya bila agaknya sistem akan up? Awek kaunter tu cakap tak tahu..sebab dari semalam sistem down... hah? dari semalam? dah 2 hari...lepas tu ada aci Indian belakang aku buat drama.. "Saya ni penjawat awam tau, tak de banyak masa nak datang sini, online pun tak boleh"... dalam hati aku, eh penjawat awam sekarang ni kerja sampai malam ke?

         Esoknya, aku pergi lagi, kali ni pukul 10.30 malam, lepas aktiviti solat hajat KBBA. Alhamdulillah, sistem dah UP. Dapatlah tiket ETS balik Penang. Nak tahu tambang berapa?

KL Sentral-Butterworth =RM 59.00 (ETS gold, 4 jam )
Butterworth-KL sentral =RM 79.00 (ETS platinum- 3 jam 30min)

Butterworth-KL Sentral, 5.00am - 8.35am

         So, macam mana? puas hati tak dengan perkhidmatan ETS ni? Bagi aku ada sedikit rasa tak puas hati. Sebab?... meh nak ceritakan, secara keseluruhannya perkhidmatan ETS ni ok. Masa perjalanan pun macam naik kereta je ( 4 jam, KL-Penang) dah laju. 

          Tapi aku tak boleh nak book online. Nak beli tiket wayang pun boleh online sekarang ni. Aku malas nak pergi beratur kat kaunter. Sebab lain.. Aku sanggup bayar mahal sikit untuk ETS platinum (RM 79.00 ) dengan harapan masa tiba adalah seperti yang dicatatkan... 8.35 PAGI... tapi harapan punah...pukul 9.00 baru sampai KL Sentral...Bagi aku ketetapan masa tu sangat penting, sebab tu aku sanggup bayar lebih untuk sampai pukul 8.35 pagi..tapiiiiiii huhuhuhu je la...

          Kalau 2 pekara ni dapat diperbaiki, mungkin aku akan jadi pelanggan setia untuk balik Penang dengan ETS ni. Aku memang harap dapat diperbaiki sebab perkara ni memang ada penyelesaiannya...

Anda bagaimana? Puas hati dengan perkhidmatan ETS ni? sebenarnya perkhidmatan dah ok cuma perbaiki sikit sana sini..eh lupa, ETS platinum dapat sarapan pagi ye...kepada yang belum cuba ETS ni..silalah ..mana tahu anda suka...


Perjalanan awal pagi..

Sorang? tak le..aku sampai awal

dapat ni untuk sarapan pagi...







5 comments:

  1. Teringin jugak rasa nak naik ETS ni. Tapi hari tu mase balik dr penang tak sempat nak naik ets. So trus grab bas je. Next time nak cuba. Tapi tu laa, ketepatan masa tu penting. Ble dah naik public transport ni memang kena ikut waktu dye. Eventhough dye bgtau pukul berapa akan dmpai tapi kalau dah lewat cannot do anything. Sama laa mcm train ktm. Eh, panjang pulak komen. Ingat buat entry td. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah nnt... ko nih panjang komen tu tk kisah...tapi typo tu typo

      Delete
  2. Teringin jugak rasa nak naik ETS ni. Tapi hari tu mase balik dr penang tak sempat nak naik ets. So trus grab bas je. Next time nak cuba. Tapi tu laa, ketepatan masa tu penting. Ble dah naik public transport ni memang kena ikut waktu dye. Eventhough dye bgtau pukul berapa akan dmpai tapi kalau dah lewat cannot do anything. Sama laa mcm train ktm. Eh, panjang pulak komen. Ingat buat entry td. Hahaha

    ReplyDelete
  3. ETS dengan ERL sama ke? maaf memang tak tahu ni =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nop.. tak sama...ERL yg dari KLIA (airport) ke KL Sentral.. ETS ni ketepi laju KTM..laluan Gemas - Padang Besar..

      Delete