alampauh

Tuesday, May 3, 2016

Bolasepak OFMA 2016

السلام عليكم Salam Sejahtera

"Once a Frees, always a Frees..."

          Sudah hampir 22 tahun aku tak menjejak kaki di bumi bertuah ini. Pada 1 Mei 2016 yang lalu aku berkesempatan kembali ke bumi bertuah ini. Frees? apa tu?... hehehe bagi sesiapa yang tak tahu..Frees merujuk kepada pelajar-pelajar Penang Free School (PFS)...tp aku ni dah boleh dikira masuk dalam kategori OLD FREES lah... pakcik dah tua.

         Kejohanan Bolasepak OFMA ( Old Frees Muslim Associate ) ini telah masuk tahun ke-2. Aku tak berkesempatan pergi tahun lepas, jadi tahun ni memang tekad untuk sama-sama memeriahkannya (jadi tukang sorak je sebab lutut memang dah tak boleh aktiviti lasak). Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PFS dan tahun ini adalah ulangtahun PFS yang ke-200 tahun. Bangga.


          Kejohanan Interbatch ini terbahagi kepada 3 kategori, iaitu Piala YDP ( untuk batch umur 45 tahun keatas) , Piala YDP1 (untuk batch umur 35-44 tahun) dan Piala YDP 2 ( 35 tahun kebawah). Barulah adil kan...bayangkan tahun lepas diaorang cakap kena lawan dengan batch yang umur 22 tahun...memang jadi sayur je lah..tak terkejar bola...dan tahun ini ada penambahbaikkan...syabas penganjur.

         Batch aku aku kategori mana? YPD 1...dan setelah dijalankan undian kat group whatsapp...nama yang terpilih adalah 9SIXERS (kitaorang batch 96 ye). Jumlah keseluruhan pasukan yang bertanding adalah 34 pasukan. Batch kitaorang duduk dalam Group X yang terdiri daripada pasukan Frees 91, Old Frees 93, 9Sixers dan Frees 97. Apa yang paling membuatkan aku lebih teruja adalah penyertaan daripada Batch 79...bayangkan  tu tahun kelahiran aku tu... kitaorang ni pun dah terasa tua, tapi Batch 79 nampak steady je...dan aku baru tahu yang Dato' Sri Syed Zainal pun Old Frees rupanya.

Ni lah nama pasukan kami | 9Sixers

Old Frees Batch 79 | Salut dengan semangat dan stamina depa nih...sempoi walaupun ramai yang Dato'-Dato'

          Perlawanan dijalankan secara round-robin, maknanya 2 pasukan teratas layak ke semi-final. Kesemua perlawana untuk piala-piala pusingan ni dijalankan secara serentak di 3 padang, A,B dan C. Padang sekolah PFS ni boleh muat 4 padang bola tau dan banyak space lagi..memang besar..bayangkan dulu kena denda lari keliling padang..nangis ooo. Batch kitaorang akana bermain di padang A.
Besaq kan padang sekolah ni?


          Perlawanan pertama menentang Old Frees 93, 9sixers menang 2-1. Kemudian bertemu Frees 97 keputusan seri 0-0 dan perlawanan akhir bertemu Frees 91 berkesudahan menang 2-0. Wah tak sangka boleh jadi juara kumpulan...tak sia-sia datang sorak wei..masuk semi-final..semi lepas rehat untuk makan tengahari...dan ada kawan belanja nasi kandaqqqq....heaven!!!

berlatar belakangkan 'The old lady".. 200 tahun dah
Hantaran cantik dari kapten pasukan..dan jaringan dari Aju yang mabeles!!!

Oiiitt keeper hang buat apa tuh?

gentel jangan tak gentel..sampai berkepak tangan bang ooii... | menentang batch 91


galeri gambar-gambar kejohanan:


          Aku datang sini pun sebagai tukang sorak je...sambil-sambil tu ambillah peluang ni untuk melawat kawasan sekitar sekolah...aku pusing-pusing bangunan sekolah...melawat bilik darjah aku dulu...kelas di bangunan utama ni unik sikit sebab rekabentuk bangunan lama kan...bilik darjah tak ada tingkap...tetapi ada 6 buah pintu besar.. kiri 3 dan kanan 3. Memang kalau angin bertiup sedap je masuk dalam kelas. Aku memang suka kelas yang macam ni... tak terasa terkurung...bebas..nama pun Free School kan...dewan sekolah pun dah ada aircond sekarang....dulu masa aku belajar tak ada..ada lah juga beberapa kali aku terpaksa ke sickbay sebab berdiri terlalu lama masa perhimpunan...kenangan...dan satu lagi ciri unik di PFS adalah tandasnya...ada bangunan khas untuk tandas tau...

         Lepas aku melawat kawasan sekolah..aku pusing-pusing kawasan sekitar padang melihat pasukan-pasukan yang bertanding...saja lah melawat pasukan-pasukan lain yang bertanding...adalah beberapa pasukan senior dan junior yang aku kenal...kesempatan berjumpa tu boleh lah bertegur sapa dan bertanyakan khabar...ada lagi yang masih ingat dan cam muka aku ni walaupun hanya 3 tahun aku bersama PFS.

         Kejohanan kali ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Seharian aku berada disini. Jika nak bersolat dan ke tandas, kemudahan tersebut memang ada. Bangunan untuk surau dan tandas di pavilion dulunya tidak ada...dah 22 tahun kan...banyak dah berubah... dan semasa aku melintasi asrama sekolah tertera nama-nama dorm....Ibnu Sina dan lain-lain...hmmm...masa aku duduk asrama nama-nama ni baru je ditukar...ingat lagi aku melukis nama Ibnu Majjah kat dorm aku.

          Macam mana dengan keputusan semi-final dan final? Nasib tak menyebelahi 9sixers, kami tewas pada pasukan Batch 98 pada peringkat semi-final. Final menemukan Frees 97 dan 98 yang berkesudahan Frees 97 menjadi juara untuk Piala YDP1. Wah kita seri dengan juara rupanya...ok lah tu..
9Sixers | pencapaian tahun ini sangat memberangsangkan...cuba lagi tahun depan geng!

Keputusan penuh ..kita dah buat yang terbaek!!!

Piala Pusingan dan hadiah untuk temat pertama, kedua dan ketiga..champ dapat RM1000

          Lepas habis kejohanan, sempat pulak lepak kat McD sebelah sekolah ni..McD ni memang nostalgia buat budak-budak Penang Free sebab dok jadi tempat study (konon), lepak  dating dsbnya....hehehehe...aku? aku selalu lepak sini layan McEgg dan skyjuice je..tu je yang mampu dulu..

Lepak Mekdi yang sangat nostalgia..tapi sekarang shake dah tak ada...
Hmmm...itu lah kenangan yang sekali lagi terpahat di Penang Free School...Semoga tahun hadapan diberi kesempatan untuk aku kembali ke sekolah penuh bersejarah ini...

Selamat ulang tahun yang ke-200

"Once a Frees, always a Frees..."



2 comments:

  1. Baguih hangpa noh.. awat tak rakam video tukang sorak?

    ReplyDelete
  2. Baguih hangpa noh.. awat tak rakam video tukang sorak?

    ReplyDelete