alampauh

Thursday, May 26, 2016

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Assalamualaikum / Salam sejahtera...

Haa... ni ada berita nak kongsi..sharing is caring kan.

Siapa yang pernah terfikir nak berniaga? Berniaga merupakan ibadah dan sunah nabi. Ada tak yang mengalami sindrom ingin berniaga tapi tak tau macam mana nak mula? Macam aku ni… seronok tengok orang lain berniaga, dalam hati memang teringin sangat-sangat, tapi kalau nak buat sendiri memang tak tau macam mana nak mula dan hala tujunya. Tak tau nak tanya siapa dan minta tolong daripada siapakan? Tu lah yang aku selalu rasa..

Ni ada satu program untuk yang berminat menjadi usahawan tapi tak tahu dimana untuk mendapatkan bimbingan. Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dengan kerjasama MOHA Group telah akan mengadakan satu program untuk merealisasikan impian tersebut.

Jika anda/kenalan/saudara-mara berumur 21-28 tahun, ni ada satu peluang keemasan untuk direbut. Peluang untuk 'menjadi pengasas produk' yang akan ditaja sepenuhnya oleh penaja dari syarikat MOHA GROUP SDN. BHD.... bestkan? 



Program apa?

Peluang keemasan untuk direbut

Tuesday, May 3, 2016

Bolasepak OFMA 2016

السلام عليكم Salam Sejahtera

"Once a Frees, always a Frees..."

          Sudah hampir 22 tahun aku tak menjejak kaki di bumi bertuah ini. Pada 1 Mei 2016 yang lalu aku berkesempatan kembali ke bumi bertuah ini. Frees? apa tu?... hehehe bagi sesiapa yang tak tahu..Frees merujuk kepada pelajar-pelajar Penang Free School (PFS)...tp aku ni dah boleh dikira masuk dalam kategori OLD FREES lah... pakcik dah tua.

         Kejohanan Bolasepak OFMA ( Old Frees Muslim Associate ) ini telah masuk tahun ke-2. Aku tak berkesempatan pergi tahun lepas, jadi tahun ni memang tekad untuk sama-sama memeriahkannya (jadi tukang sorak je sebab lutut memang dah tak boleh aktiviti lasak). Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PFS dan tahun ini adalah ulangtahun PFS yang ke-200 tahun. Bangga.