alampauh

Sunday, April 17, 2016

Migrain berAURA?

السلام عليكم

Salam Sejahtera

         Apa khabar semua? sekali lagi nak cerita pasal migrain ni. Dulu dah pernah cerita sikit, kali ni nak cerita lebih sikit lah. Maklumlah sekarang ni musim panas yang melampau kan. Jadi bagi mereka yang mempunyai sejarah ada migrain ni kena lah lebih berhati-hati sikit. Pastikan minum air secukupnya (ewah boleh nak nasihat orang...tapi tak salah saling menasihatikan). 

          Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku terkena lagi serangan migrain ni. Masa balik dari solat Jumaat. Mula-mula mata rasa macam berpinar je sebab panas terik dan terpaksa berhenti lama di traffic light. Naik motor, memang berbahang la tunggu lampu hijau. Masa tu dah rasa berpinar-pinar mata ni... mula2 ingatkan sebab silau cahaya ke apa...lepas sampai pejabat baru sedar...rupa-rupanya dapat AURA!!!

          Migrain ni ada 2 jenis tau, satu migrain biasa- terus dapat sakit kepala, satu lagi migrain berAURA atau dalam bahasa inggerisnya 'Migrain with aura'. Tak ramai yang mengidap migrain beraura ni. Apa tu AURA? Aura ni tanda-tanda awal sebelum migrain/sakit kepala mula terasa...biasa nya aku akan mengalami aura ni lebih kurang dalam jangka masa sejam sebelum migrain menyerang.



Nak tahu jenis-jenis aura tu? jom wikipedia..( hasilnya) :
-yang berwarna merah tu aura yang aku dapat..

Sensasi aura boleh merangkumi beberapa atau gabungan daripada yang berikut:

Perubahan Visual
*lampu terang dan gumpalan
*garis zigzag
*Herotan dalam saiz atau bentuk objek
*Bergetar medan penglihatan
*scotoma gemilang
*Berkilauan, patch berdenyut, sering melengkung
*penglihatan terowong
*scotoma
*bintik buta atau gelap dalam bidang penglihatan
*kesan tirai seperti lebih satu mata perlahan-lahan merebak tempat
*kesan Kaleidoscope di padang visual
*buta sementara (blindness)dalam satu atau kedua-dua mata
*Memuncak sensitif kepada cahaya

Perubahan Auditory
*Mendengar suara atau bunyi yang tidak wujud: halusinasi auditori benar
*Pengubahsuaian suara atau bunyi dalam alam sekitar: Dengung, tremolo, modulasi amplitud atau      
  modulasi lain
*Meningkatkan sensitiviti kepada pendengaran

Sensasi lain
*bau pelik (Phantosmia) atau rasa (halusinasi gustatory)
*Meningkatkan kepekaan terhadap bau
*Déjà vu atau Jamais vu
*aura Batok kepala, persepsi pergerakan kepala atau di dalam kepala
*aura perut seperti sensasi yang semakin meningkat yang epigastric
*Loya
*Perasaan tiba-tiba kebimbangan, ketakutan atau gerak batin
*Kebas atau kesemutan sensasi (paresthesia)
*Kelemahan pada satu bahagian badan (hemiparesis)
*Perasaan dipisahkan daripada atau terapung di atas badan seseorang (Penceraian)
*Sensasi anggota badan atau gigi berkembang
*Rasa terlalu panas dan peluh secara tiba-tiba
*Ketidakupayaan untuk bercakap (Afasia) atau pertuturan tidak jelas
*kekeliruan; lupa bagaimana untuk melakukan tugas-tugas biasa atau memahami perkataan yang disebut


Hmm...bahaya tak aura ni? Kalau tanya aku..memang agak bahaya kerana aura yang aku dapat 'half blind'. Pernah dapat masa balik dari kerja..naik motor..separuh nampak separuh tak nampak...bahaya ooo...tengok side mirror memang tak nampak.

Meh nak terangkan secara visual aura-aura yang aku dapat. Lihat gambar dibawah ye...senang sikit nak paham kan... kalau tulis jer nanti tak paham pula macam mana aura tu..

Jenis yang ni selalunya aku akan mula-mula dapat...awalnya pendek, kemudian akan makin panjang dan memang berkelip-kelip macam tu...


Kemudian, biasanya aku akan dapat aura ni pulak.. blind spot ni...selalunya akan bercampur dengan yang berkelip-kelip tadi.


Macam ni lebih kurang kalau aku tengak orang masa aku ada aura blindness tu...


ha...camni lah rupanya kalau aku tengok sesapa time aura menyerang...muka hilang sebelah... huhuhuhu

   Lepas semua aura ni hilang ...penglihatan semua normal...baru sakit kepala akan menyerang...kadang kala tu memang teruk... boleh baring je...bangun, sakit kepala dan nak termuntah...tapi sekurang-kurangnya ada 'aura' ni aku boleh la cari ubat dan makan siap-siap...jadi sakit kepala tak lah teruk sangat... 

Jadi pada sesiapa yang ada masalah migrain ni, dengan cuaca macam ni, eloklah kurangkan aktiviti luar...banyak minum air dan makan ikut masa...perut kosong pun penyebab migrain juga..tudur cukup dan jangan stress...

~makanya ujung minggu ni aku rehat dan jalan-jalan shopping mall je lah..sejuk sikit ada ekon dan shopping pun boleh release stress kan...? hehehehehe

2 comments:

  1. sangat bila kena migrain ni..mata sblh kiri yg skit sngt...sha dlu sllu kena klu lwt tido hihi..dah follow :)

    ReplyDelete