alampauh

Sunday, April 24, 2016

KBBA9 | Strikes Against Bowling Tournament

السلام عليكم

Salam Sejahtera

"...Kami makan cookies..."
"...Kami main bowling..."
"...Kami bukan sekadar blogger..."



          Yeay...hari yang dinantikan telah tiba. Memang aku menantikan event kali ni. Aku memang suka main boling nih. Tak lah terer sangat, tapi boleh lah main. Kali ni berkesempatan bermain bersama-sama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Aktiviti kali ni mendapat tajaan daripada K.Roger's Butter Cookies dan Apparel.

sebelum game, kita pose dulu...
ni lah hidup blogger...aktiviti belakang tabir...

         Aktiviti dijangka bermula jam 8.30 malam...aku tiba seawal jam 8. Memang jenis tak suka datang lambat kalau ada apa-apa event. Setelah semua blogger sampai, bermula acara pembahagian pasukan...hmm...aku dapat kumpulan Arnab bersama Ezza, Razi dan Mera. Razi dan Mera memang dah pernah jumpa masa event Taman Negara. Ezza pertama kali bersua muka, sebelum ni sembang dalam whatsapp group je. Ni salah satu kenapa aku suka join event macam ni...boleh kenal-kenal an dengan rakan-rakan whatsapp yang tak pernah bersua muka.


Team Arnab | dari kiri; Razi, Aku, Ezza dan Mera
comey kan kami...???

         Untung kali ni ada penaja, sambil-sambil membaling tu, boleh ngap biskut butter seketul dua. Kena dengan #sedapsekalingap. Memang tiap-tiap kumpulan dapat bekalan biskut bertin-tin, ini bukan tahap merasa lagi dah..dah tahap melantak biskut..selain biskut ada gak makanan lain yang dihidangkan...memang terbaik. 

          Kali ni aku main bowling tanpa stress. Memang main dengan enjoy. Suasana masa tu memang havoc. Riuh-rendah tak peduli orang lain dah. Kalau dah sesekali berjumpa memang happening abih. Masa game pertama score aku boleh tahan tinggi dan apalagi...abih kena komplot sabotaj daripada pasukan lawan...paling aku tak tahan perangai si Ayue ni ( nama je Ayu, jangan terpedaya )... memang kaw-kaw kena sabotaj dengan diaorang ni...aku pulak jenis mudah hilang fokus..game kedua hancussssss...Masuk game ketiga dah kurang 'sabotaj'. Mungkin masing-masing dah penat kot..penat makan, penat baling bola, penat ber'selfie', penat bergelak sakan... tapi yang penting semua enjoy. Malah part sabo menyabo ni la yang membuatkan suasana lebih meriah dan ceria... 

Team Arnab..eh baru nak amek gambar team..ada plk yg
lain bertempek kat sini...
Team Gagak Hitam | ada jin rambut karat di sini..asyik kacau orang..
Team Katak | team sabotaj
Team Sotong
         Keputusannya? Team Panda berjaya menjadi johan kali ini, dan anchor bowler team Panda, Mas Saari menjadi bowler terbaik wanita. Team aku berjaya mendapat tempat kedua, dan Razi berjaya menjadi bowler terbaik lelaki. Sebenarnya kalah atau menang semua orang tak kisah sangat, apa yang lebih penting acara seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim..yang tak kenal, boleh berkenal-kenalan dan yang dah kenal boleh lebih rapat lagi. Ada yang sanggup datang dari jauh...memang aku respect abih lah.

Z : aku , E: Ezza M: Mera R: Razi
Game 1 | Markah yg menyebabkan di'sabo'
Game 2 | Hasil disabotaj beramai-ramai
Game 3 | Razi naik minyak..daebakk!!!
Team Panda | Johan 
          Apa yang penting akhirnya semua bergembira dan seronok...sekali-sekala berjumpa ramai-ramai ni memang best kan..macam-macam perangai boleh lihat. Ada juga yang datang bersama keluarga, ada yang datang sekadar menjadi ppenyokong. Tak kisahlah kan, yang penting kehadiran.

ni antara aktiviti malam tu...
Pose...Pose...and pose...ingat jadi blogger senang ke?

Sebelum baling...kita lepak makan dulu...

Acara wajib event apa pun... 'wefie'

Pantang sorang angkat kamera...mesti kena serbu

           Hadiah apa dapat? semestilah butter cookis daripada K.Roger's. Eh jangan anggap lekeh tau hadiah ni..tak de jual kat kedai-kedai tau...kalau nak rasa kena beli online jer.. Sedap tau biskut ni..aku paling suka yang perisa berry...memang aku suka berry...tak kisahlah blueberry ke strawberry ke..selain dari rasa dia yang sedap aku suka dengan packaging dia.. bekas dia cantik..lepas abih biskut tu boleh guna untuk simpan benda-benda lain...cantik dan tak membazir...boleh recycle.

Ni hadiah tempat ke-3 individu..spesel skit..cantik kan packaging dia.
Amek ko jenuh makan biskut...tapi takpe sebab sedap..ngeh ngeh ngeh


Nak rasa? sedap sekali ngap!!! 
Promosi istimewa sehingga 08/05/2016...beli 4 tin @RM100 sahaja. 
Penghantaran percuma seluruh Malaysia. Boleh hubungi 014-3348803


~ dah makan memang sedap, nanti boleh bawa satu tin ke opis dan bawa balik kampung jugak.. :)





20 comments:

  1. Team Sotong semua awek2 cun. nak biskuttt sikit beb!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah semua cun-cun...sampai boleh menang kategori 'wanita' yang sorang tuh.. apa kes?

      Delete
  2. K'rogers butter cookies mmg sedap. hari tu 1st time rasa. kalau ko tak nak tin biskut tu bagi aku yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu memang santek bekas biskut..nk guna letak barang2 kecik2 yg bersepah kat umah ni..senang nk susun kat rak...nampak cantik skit

      Delete
  3. Yeahh panda menang..hahaha..weii cantik tin bear tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan..cantik kan kan kan...hehehe

      Delete
  4. Hahahahaaa.... Akhirnya aku baru tau brape point aku sebenarnya... Hahahahaaa

    ReplyDelete
  5. Sedap biskut tuu. Tp nak rasa biskit dlm beg hitam >.<

    ReplyDelete
  6. yeay... Team Panda Juara sebabnya power datang dari cookies K.Rogers

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Hahahaha adeh la kelakar tengok korang beraksi dengan pose maut. Apapun tahniah!

    ReplyDelete
  8. Hahahaha adeh la kelakar tengok korang beraksi dengan pose maut. Apapun tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pose Ty ngn Qhaliff lg maut..siap golek atas lantai..hehehe

      Delete
  9. yeayyyy menang.. ehhhh
    apa pun mmg havoc dan best!
    nan pun teror gak, nanti leh battle sesama.. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan.. teror nasib je tuh..best gk klu dpt main lg kan..

      Delete