alampauh

Tuesday, April 12, 2016

Diet, health & organics?

Assalamualaikum / salam sejahtera


         Minggu lepas timbang berat badan untuk program 'Biggest Loser' anjuran Kelab Kakitangan jabatan...dan... WALAWEH...memang dah agak dah...berat aku berada pada KEMUNCAKnya...padanlah seluar semua nak kena beli baru dan pipi pun makin menjadi-jadi PAUnya.

         Teringat pula pasal event yang aku pernah pergi bulan lepas; BMS Organics & Chef Wan: Healthy Eating Bloggers Conference anjuran BMS Organics. Hmm agak-agak kalau amal diet organik ni boleh kurus tak? Tapi ramai yang kata makanan organik tak sedap, betul ke? Abam pun baru pertama kali nak mencuba makanan organik nih.




            Apa yang Abam tahu benda-benda organik ni tidak menggunakan racun perosak, kiranya tak pakai langsung bahan-bahan kimia, cuma guna bahan atau baja semujadi saja. Tahukan penggunaan racun perosak sekarang memang sangat menakutkan...sayur nampak je cantik tapi penuh dengan racun.. teringat pulak kat arwah ayah. Arwah ayah kalau beli sayur-sayur kat pasar akan beli yang berlubang...sebab kurang racun katanya.

Bersama rakan-rakan KBBA9


          Eh! lupa pula...event tu bersama Chef Wan...first time pegi live event camni...Chef Wan? Fuh memang pot pet pot pet mulut dia...cakap tak henti-henti...lawak pun ada juga. Jadi semua perserta event tu dapat merasalah masakan Chef Wan...hmm... nyum-nyum...sesuatu yang dinanti-nantikan..

          Hari tu Chef Wan sediakan 3 jenis hidangan...memang sedap! eh sapa kata makanan organik tak sedap...sedaplah kalau kena cara masaknya...dan bahan-bahan yang digunakan pun segar dan menarik. 3 jenis hidangan tu adalah;

 Kari Laksa dan Asam Laksa

Nasi Lemak Rendang Ayam soya

Asam laksa ( ni menu yang Abam pilih )
Asam laksa di menggunakan bahan-bahan seperti soya, daun kesom, lengkuas, bunga kantan, serai, kunyit, cili, tomato nenas dan banyak lagi...rasanya memang lain sikit dari laksa biasa tapi Abam suka sebab Abam memang suka makanan yang masam-masam. Tambah pulak ada nenas, wah memang kegemaran tuh. Paling menarik rasa ikan vegetarian dalam laksa tu. Rasanya lain sikit tapi sedap.

Menikmati resepi Chef Wan...
Nasi lemak rendang ayam soya
Nasi lemak ni pun sedap juga. Nasi ni si Afiq yang pesan, tapi kitaorang merasa jugak makanan orang lain. Sekali suap memang rasa nak lagi. Apa yang paling menarik adalah sambal nasi lemak tuh...fuhhhh memang terangkat. Kalau ikutkan hati memang nak habiskan semua...hahahaha. Beras perang digunakan untuk buat nasi lemak ni dan bahan-bahan lain pun menggunakan produk organik. Yang menarik rendang ayam tu guna vegetarian chicken ye..

Kari Laksa susu soya organik
Kari laksa yang ini tidak menggunakan santan sebaliknya susu soya sebagai ganti. Bahan-bahan sama seperti mana cara membuat kari laksa yang biasa, cuma Chef Wan ada menggunakan minyak biji anggur dan garam bukit. Laksa pula dibuat daripada beras perang.

Kannn...sapa kata makanan organik tak sedap...kena cara dan kreativiti kita memang boleh jadi sedap. Tak tahu kat mana nak cari bahan-bahan organik ni? jangan bimbang.. BMS Organics ni ada macam barang. Abam pun terkejut juga masa mula-mula melawat kedai ni.. memang pelbagai produk ada dijual di sini.




  

Trivia :
* Meat Free Monday - kempen CSR BMS Organics menggalakkan orang ramai mengambil lebih sayuran.
* Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia
*Sayuran organik mempunyai tinggi fiber dan rendah lemak dan gula.


Haaaa cam mana? teringin nak cuba makanan organik tak? kalau ada yang tertanya-tanya kat mana kedai ni...ni ada butirannya...

BMS Organics Sunway Pyramid
Lot LL 206(J), AEON Bandar Sunway,
Lower level 2, Sunway Pyramid

website:  http://www.bmsorganics.com


2 comments:

  1. boleh singgah nanti kalau pergi sana,, saya suka organik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila...sila... memang banyak barang kat kedai tu..macam2 ada.

      Delete