alampauh

Sunday, April 24, 2016

KBBA9 | Strikes Against Bowling Tournament

السلام عليكم

Salam Sejahtera

"...Kami makan cookies..."
"...Kami main bowling..."
"...Kami bukan sekadar blogger..."



          Yeay...hari yang dinantikan telah tiba. Memang aku menantikan event kali ni. Aku memang suka main boling nih. Tak lah terer sangat, tapi boleh lah main. Kali ni berkesempatan bermain bersama-sama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Aktiviti kali ni mendapat tajaan daripada K.Roger's Butter Cookies dan Apparel.

sebelum game, kita pose dulu...
ni lah hidup blogger...aktiviti belakang tabir...

         Aktiviti dijangka bermula jam 8.30 malam...aku tiba seawal jam 8. Memang jenis tak suka datang lambat kalau ada apa-apa event. Setelah semua blogger sampai, bermula acara pembahagian pasukan...hmm...aku dapat kumpulan Arnab bersama Ezza, Razi dan Mera. Razi dan Mera memang dah pernah jumpa masa event Taman Negara. Ezza pertama kali bersua muka, sebelum ni sembang dalam whatsapp group je. Ni salah satu kenapa aku suka join event macam ni...boleh kenal-kenal an dengan rakan-rakan whatsapp yang tak pernah bersua muka.

Sunday, April 17, 2016

Migrain berAURA?

السلام عليكم

Salam Sejahtera

         Apa khabar semua? sekali lagi nak cerita pasal migrain ni. Dulu dah pernah cerita sikit, kali ni nak cerita lebih sikit lah. Maklumlah sekarang ni musim panas yang melampau kan. Jadi bagi mereka yang mempunyai sejarah ada migrain ni kena lah lebih berhati-hati sikit. Pastikan minum air secukupnya (ewah boleh nak nasihat orang...tapi tak salah saling menasihatikan). 

          Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku terkena lagi serangan migrain ni. Masa balik dari solat Jumaat. Mula-mula mata rasa macam berpinar je sebab panas terik dan terpaksa berhenti lama di traffic light. Naik motor, memang berbahang la tunggu lampu hijau. Masa tu dah rasa berpinar-pinar mata ni... mula2 ingatkan sebab silau cahaya ke apa...lepas sampai pejabat baru sedar...rupa-rupanya dapat AURA!!!

          Migrain ni ada 2 jenis tau, satu migrain biasa- terus dapat sakit kepala, satu lagi migrain berAURA atau dalam bahasa inggerisnya 'Migrain with aura'. Tak ramai yang mengidap migrain beraura ni. Apa tu AURA? Aura ni tanda-tanda awal sebelum migrain/sakit kepala mula terasa...biasa nya aku akan mengalami aura ni lebih kurang dalam jangka masa sejam sebelum migrain menyerang.


Tuesday, April 12, 2016

Diet, health & organics?

Assalamualaikum / salam sejahtera


         Minggu lepas timbang berat badan untuk program 'Biggest Loser' anjuran Kelab Kakitangan jabatan...dan... WALAWEH...memang dah agak dah...berat aku berada pada KEMUNCAKnya...padanlah seluar semua nak kena beli baru dan pipi pun makin menjadi-jadi PAUnya.

         Teringat pula pasal event yang aku pernah pergi bulan lepas; BMS Organics & Chef Wan: Healthy Eating Bloggers Conference anjuran BMS Organics. Hmm agak-agak kalau amal diet organik ni boleh kurus tak? Tapi ramai yang kata makanan organik tak sedap, betul ke? Abam pun baru pertama kali nak mencuba makanan organik nih.



Tuesday, April 5, 2016

Kembara KBBA9 Taman Negara, The chronicles : Journey (part 1)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

1st event bersama KBBA9

                            Aku mula terjebak dengan dunia blog ini pada tahun 2009. Masa tu aku baru pindah berkerja di Kuala Lumpur. Rakan sepejabat aku yang sebenarnya punya angkara; Si Dayang Nolie. Sejak tu juga lah aku mula kenal 'Santai bersama Ben Ashaari'

                            Nak dijadikan cerita, pada 12 Januari 2016, aku terbaca satu 'post' di laman FB Ben Ashaari tentang 'Kembara KBBA9 Taman Negara'. Ben Ashaari telah membuka penyertaan untuk 'blogger' luar dari KBBA untuk turut sama. Aku pun cuba lah nasib...mana tahu kan tuah 'birthday'  aku ke mungkin dapat....dan memang nasib badan..DAPAT!!!

Pertemuan Pertama

Masa ni tak kenal sesapa lagi...


           19 Februari 2016 - Hari kejadian, memang berdebar-debar juga lah nk berjumpa dengan diaorg ni..ramai...35 orang kesemua.. aku ni 'blogger' yang suam-suam kuku je. kalau ikutkan di dalam 'whatsapp group', mereka ni memang 'havoc'  habis...haru-biru...kalau cerita bab persiapan tu...fuh..aku yang biasanya releks je pun jadi gelabah dengan karenah mereka dalam 'group'. Jadi malam pertemuan tu memang la rasa cuak sikit...siapa tak cuak ooii... nak pergi berhari-hari dengan orang yang tak pernah jumpa...kalau aku boleh masuk 'sekepala' tak pa...buatnya tak..huhuhu.. tapi mujurlah semuanya berjalan lancar..sebaik aku sampai di Matic (tempat berkumpul), Lan Careno menyapa aku dengan ramah...fuh..kalau tak, tak tahu cmna nk tangani 'awkward moment' tu..dah semua sampai, bas bertolak ke Han Rainforest Resort lebih kurang pukul 9.00 malam..sampai sana dalam pukul 2.30 pagi..dalam bas duduk sebelah Encik ST..dia tak banyak cakap...so tido la je la... dan 'roomate' aku pula si Anazarin.

Saturday, April 2, 2016

Murtabak : Utara vs Selangor ?

Assalamualaikum / Salam sejahtera

          Malam tadi masa kelaparan, keluar pi kedai mamak ( Restoran Nasi Kandar An-Nur) dekat kawasan rumah ni...tetiba terpandang MURTABAK ada pelanggan dok makan masa aku tengah dok cari tempat duduk..hmm nampak menarik jugak murtabak ni..

          Aku sebenarnya sangat memilih pasal murtabak ni...sebabnya, dari kecik memang menjadi menu rutin kalau ke pasar malam..tapi semenjak aku pindah ke Selangor nih memang aku kurang menggemari murtabak Selangor..pasaipa? jap lagi aku bagitau sebab dia ye..

          Ok, jadi malam tadi supper murtabak lah aku...disebabkan cuaca panas yang melampau sekarang nih, air teh ais yang aku pesan habis sebelum murtabak sempat siap...dahaga ooo sekarang nih...bila murtabak aku siap, kena lah order air lagi satu...kali ni teh O ais limau plak (kunun nak potong lemak skit)..
murtabak dihidangkan panas-panas..bersama kuah kari,dal dan bawang jeruk..
fuh memang terbaek...errr air dah habis segelas...

         Hmm kalau tengok dari segi rupa memang boleh membuatkan pelanggan terliur ( contohnya macam aku )...rasanya? mmmm...memang menepati citarasa aku...wah punya lah lama aku dok mencari murtabak yang menepati tekak Penang aku ni, rupanya ada je kat kawasan rumah aku ni...rasanya murtabak tu memang sedap...makan saja pun dah ok...aku pesan murtabak ayam dan ayamnya memang penuh...padanlah dengan harganya yang bagi aku agak mahallah, RM6.90, tapi puas hati dan memang mengenyangkan.

walaupun harga agak mahal, tapi berbaloi dan padan dengan isi ayam yang banyak ...kenyang weiii

         Bersama murtabak tu ada 3 jenis kuah: Kari ( rasanyalah), Dal dan jeruk bawang... rasa kari dan dal tu tak banyak beza dengan kuah roti canai yang selalu ada di kedai2 mamak ( memang sama kot ) cuma jeruk bawang tu je kureng sket.. tak macam jeruk pun..macam bawang rendam dalam sirap ros...tiap kali makan ada aroma ros dalam mulut...lol... rating? aku boleh bagi 7/10 lah sebab bawang ros tu...kalau tak boleh up lagi..

          Oh ya, lupa pulak pasal sebab apa aku kurang menggemari murtabak di sini.. nak tahu kenapa? sebabnya adalah dari segi cara membuat murtabak tersebut. Di sini ( Selangor ) lain sikit cara memasak/membuat murtabak. Kalau di utara, bahagian isi dalam murtabak akan di masak terlebih dahulu sampai agak garing, kemudian baru dibalut dengan kulit luar dan di masak sekali lagi.
Berbeza dengan cara penyediaan di sini, kulit luar di tebar dan dimasak dan isi dalam murtabak dituang terus ke atas kulit murtabak tersebut.

Ni cara memasak di utara, isi murtabak di masak garing terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kulit luar dan dimasak sekali lagi..jadi murtabak jenis utara lebih garing

Ni cara memasak di sini ( Selangor ), kulit ditebar dan di'goreng/masak'? dan isi murtabak terus dituang keatas...
isi dalam murtabak tidak garing dan kadang kala berair.


Jadi bagaimana dengan citarasa murtabak anda?