alampauh

Sunday, February 28, 2016

Kembara KBBA9 Taman Negara, The chronicles : Magic


It's magic, it's magic, i've got the vibe that you need
 It's magic, it's magic, i've got the vibe that you need
Kachchaa nahin kuchh bhi pakkaa nahin
Kuchh bhi hotaa hai jo kuchh bhi sab khel hai
It's magic, it's magic...It's magic, it's magic 

~koi mil gaya

Eh masa nak taip post ni tetiba teringat lagu dari filem hindustan ni plak..apa lagi buka youtube layan la sambil-sambil cari idea nak menuliskan..
Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Ok lah kita nak berbicara pasal 'Magic body lotion' produk dari Cosmoderm ni..
Aku ni bukanlah lelaki metroseksual yang jaga sangat penampilan diri.. selalunya apa yang aku bawa bila pregi 'travel' ni  hanyalah berus gigi dan ubat gigi je...sabun dan syampu selalunya ada kan di tempat penginapan.. memang mudah dan simple je hidup aku ni kan :P


Tapi bila pergi Kembara kali ni dapat produk percuma dari Cosmoderm ni..aku macam biasalah..hati memang seronok dapat benda percuma.. tapi aku simpan je..

Masa kami berkhemah di tebing Sungai Tembeling, nak dijadikan cerita khemah tak cukup...jadi yang lelaki ni tidur hanya beralaskan kanvas berbumbbungkan langit malam...cewahhh
Masa solat Maghrib dan Isyak ( Jamak ye ) memang aku digigit nyamuk-nyamuk nakal yang menyambut kedatangan kami ke Taman Negara... huhuhu

Lepas solat aku pun cakaplah banyak nyamuk..
Ben tanya "losyen Magic tak bawak?"
aku geleng je la kan...memang tak ingat nak bawa pun..
Lepas tu Ben keluarkan losyen Magic dia dan syer ramai-ramai..
Aku pun tadah tangan lah...
Hamek ko selambak dia picit kat tapak tangan aku 
(mentang-mentanglah ko ni duta Cosmoderm kan)
Aku pun sapu satu badan..muka, tangan, kaki dan mana-mana tempat yang boleh sapu lah..
Alhamdulillah lepas tu memang nyamuk tak hinggap dah..nyenyak aku tidur malam tu..
(walaupun orang berdengkur keliling kepala)

Malam ketiga di Han Resort; lepas solat aku aku rasa muka tegang sangat. Aku teringat yang aku terbaca yang losyen Magic ni baik juga untuk elakkan kesan sunburn.. apalagi, benda dah ada cuba je lah kan..malam tu aku sapulah muka aku dengan losyen Magic...kesannya..memang terbaikk!!!
Lepas balik dari Taman Negara muka aku memang tak mengelupas...selalunya kalau berjemur bawah matahari terik memang jadi macam ular salin kulit lah...Alhamdulillah mujur ada Cosmoderm
( eh..kang kena saman plak )

Selain tu losyen Magic ni pun baik untuk gatal-gatal pada kulit..memang berkesan..apa yang aku suka lepas sapu tu rasa nyaman jer.. bau pun wangi..

Aku bercerita berdasarkan pengalaman aku ye..
kalau tak percaya korang boleh cuba sendiri..
nak beli kat mana?
 Err.. aku pun nak kena tanya Ben Ashaari ni kat mana nak beli... 
nak beli satu untuk my mom kat kampung nu..

Ni la aktiviti kami..masuk hutan, memang gatal-gatal badan kalau kulit sensitif

Nyenyak je tidur...tiada gangguan nyamuk...gangguan makhluk halus lain pun tak de juga..alhamdulillah

Dari satu tempat ke satu tempat naik 4WD.. mana ada bumbung..terbakor ooo...


Tengah hari panas terik dan jalan 'offroad'...berdebu baq hang..sapa tak tahan memang 'gatal' dan 'sunburn' lah jawabnya



Ok..nanti sambung lagi ye...banyak lagi cerita yang nak diceritakan...



No comments:

Post a Comment