alampauh

Saturday, February 27, 2016

Kembara KBBA9 Taman Negara, The chronicles : Han Rainforest Resort


Assalamualaikum / Salamsejahtera..
Nampak banner kat atas tu.? Ye kita bercerita pasal kembara ke Taman Negara Pahang lah ye.
Kembara bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.

Kembara kali ini telah ditaja sepenuhnya oleh beberapa syarikat seperti Camellus, Cosmoderm, Yeo's, Pran, Nanafa Juta beauty dan Han Rainforest Resort antara penaja utamanya.


Kami bertolak ke Han Resort lebih kurang pukul 9 malam hari Jumaat. Bersama kembara ini ialah seramai 35 orang blogger hebat ( err tak termasuk aku lah ye...aku blogger suam-suam kuku je ).
Perjalanan lebih kurang 5 jam, Kami sampai di Han Resort dalam pukul 2.30 pagi.. ye lah kan, dah travel ramai-ramai ni... kenalah ada 'pit stop'.. ramai yang nak terkucil dan sebagainya.
Samapi Han Resort terus dapat kunci.. YES!!! efisyen.. ye lah kan tengah ngantok tu kalau kena tunggu untuk kunci lama-lama memang tak best lah kan...lepas dapat kunci apalagi...cari bilik ( ada orang tolong tunjukkan..tak payah cari pun..hehehehe) untuk tidor..


Inilah salah satu bilik yang terdapat di Han Resort.. memang selesa. Semua ada seperti kebiasaan resort-resort yang lain kecuali TV.. diulangi ye...TIADA TV. Dah nama pun datang hutan Taman Negara kan... apa kejadah kelas nak tengok tv.. esok-esok bila dah balik KL boleh tengok lagi..

Kepada yang berminat nak pergi Taman Negara bolehlah cuba Han Resort nih.. banyak perkhidmatan dan kemudahan yang Han Resort tawarkan.. Han Resort ada 130 bilik...jadi boleh tampung untuk aktiviti kumpulan yang besar..kemudahan di Han Resort ni juga OK.
Antara fasiliti yang ada di Han Resort adalah :
  • mini market
  • kedai cenderamata
  • pusat urut
  • restoran
  • satelit WIFI
  • Surau
  • Karoake
  • bilik ' conference'
dan banyak lagi..

Semasa kami ada di sana, satu upacara pecah tanah telah dijalankan. Upacara pecah tanah oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; YB Datuk Mas Ermieyati bt Samsudin.


Upacara pecah tanah oleh YB Datuk Mas Ermieyati bt Samsudin

Papan tanda tapak Han Resort yang terbaru..

tandatangan...mahal tu

Jadi sampai sini dulu lah ye.. nanti kita sambung lagi..






2 comments:

  1. Oke.tunggu sambungan.hihi. nak tgk kebasahan korang main rapid shooting

    ReplyDelete
  2. Terbaik tempat ni...nak datang lagi lah...Minus the Sun burn of course. tapi apa nak takut..Cosmoderm kan ada heheeh

    ReplyDelete