alampauh

Thursday, September 27, 2012

Peristiwa parking lot stesen minyak..

Assalamualaikum / Salam sejahtera...


Rasanya dah lama benar tak merapu kat alam maya ni.
Tu la kan orang kata, kalau nak mengarang ni memang kena 
ada minat dan kreativiti. Kalau tak de minat, memang 'berhabuk' la laman ni.
Kalau kreativiti/idea tak de pun satu hal jugak....

Ni pun secara tak sengaja aku dapat...
kisahnya, petang tadi lepas balik keja aku singgah petrol stesen.
Lepas aku parking dan masuk kedai tu, aku tengok ada sorang mamat biker
ni dok tunggu orang. 

Mamat ni naik motor besar la. Tak lama lepas tu, ada satu keta mai,
oooo....tunggu awek rupanya...keta tu parking, mamat biker tu pun parking kat tepi 
keta awek dia. parking kat tempat letak keta...
lepas tu dia masuk dalam keta tu..depa dok 'bersembang' la dlm keta tu.

Tak lama kemudian ada sebuah lori mai. Pemandu lori tu reverse lori dia.
Ntah macam mana dia tak perasan ada motor kat situ
( walaupun motor tu besar )
lagipun tu kan tempat letak keta ( bukan parking motor )

Nak dijadikan cerita, BAM!!!
dia reverse lori sampai terlanggar motor mamat tu..
apa lagi mamat tu pun kuar dari keta awek dia sambil marah2..
pemandu lori tu diam jer...co-pilot dia pun dia jer..

Aku tengok je la drama petang tuh...pok pek pok pek..
mamat tu tak abih2 dok cakap, suara pun tinggi gak..
besala kan motor baru katanya..harga lebih RM 40,000

Dia mintak ganti rugi la..aku tgk driver lori tu pun kesian gak..
tak terkata apa2..diam jer..kekadang je dia cakap, tp tk dengar pun.
Lepas tu aku dengar kawan dia ( co-pilot tu ) telefon kt boss depa..
minta tolong nk pinjam duit sbb driver tu tak de duit.

Rasanya boss dia pun tak bagi kot. Driver tu melayu, co-pilot tu india.
Lepas co-pilot tu tgk dlm wallet dia...kira duit..tk cukup kot.
pastu dia masuk cucuk duit kt ATM mesin..

Dia pinjamkan duit dia dulu utk bayar kat mamat biker tuh...ada la nego skit2..
Aku rasa dalam 2-3 ratus kot.
Tapi aku paham la erti duit utk orang2 yg susah nih.. 
2-3 ratus mmg sangat2 besar...mungkin orang yg 'berada' tk terasa sangat la...
tapi bagi yg tak berapa berada...mmg sangat tinggi...

Lepas bayar tu, depa masuk dlm lori dan terus gerak...aku sempat tgk
co-pilot india tu dok tenteramkan kawan dia..

Jadi apa yang aku cuba nk sampaikan kat sini?
korang pikir2 la sendiri..

namun bagi aku perasaan bercampur baur...kesian pun ada, simpati pun ada...
mcm2..
-mungkin tuhan nk tunjuk supaya jgn 'dating' dalam keta
-mungkin tuhan nk tunjuk masih ada sifat tolong menolong berlainan bangsa
-mungkin tuhan nk tunjuk erti sahabat
-mungkin tuhan nk bagi pengajaran utk aku

korang macan mana?