alampauh

Tuesday, July 3, 2012

Salam Pagi Selasa..berangan!

Salam semua....
AL-kisahnya:

Dah menjadi rutin harianku, panaskan enjin motorsikal sebelum memulakan perjalan ke tempat kerja. Aku melangkah ke laman rumah, kepala ku dongak ke atas. Tersenyum aku melihat langit yang biru. Bukan senang hendak melihat langit membiru dalam keadaan sekarang. Ya, semua sedia maklumkan, jerebu, pencemaran dan sebagainya..

Aku memulakan perjalanan dengan hati yang berputik gembira. Sesekali terasa bahang mentari pagi yang cuba mencubit pipi namun segera ditepis sapaan bayu ketika motorsikal aku di pacu laju. Terasa sedikit dingin bayu pagi ini. Mungkin kerana hujan rahmat yang turun membasuh kotoran ibukota dengan lebatnya...

tiba-tiba...
pandangan ku kelam,
 langit cerah kelihatan suram...

HAMPEH punya bas...baru aku nak jiwang2 skit..
tak perasan plak yg aku dok kat belakang bas...apa lagi sekali dia 
press minyak, KELAM dunia aku...penuh rongga hidung aku
dan saluran TRAKEA aku dengan karbon monoksida..
baru nak feeling2 konon kt KL ni nyaman...
mmg tk dapat lah...huhuhu
tu la kan len kali kalau nek motor tgk depan
jangan dok berangan...
hahahahahah...tak pasal2 kena sembur ngn asap hitam..

tetiba teringat gambar yg ada kat blog


HAA...mcm ni lah aku rasa...

No comments:

Post a Comment