alampauh

Friday, June 29, 2012

Berita Pilihan : Wang kertas baru di pasaran

Sumber : Utusan online

meh..meh..boleh tukar duit untuk angpow Raya..

KUALA LUMPUR 26 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.
Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar.
Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.
BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.
Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.
Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. myuntuk maklumat lanjut.

~P/S : Nanti raya semua pakat pulun letak duit baru lah ye dlm angpow paket...( jenuh le aku nk kena tukar duit untuk tahun nih...huhuhuh )

4 comments:

  1. cantik duit tu. nak satu set bleh? hehe.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  2. tunggu dia kuar nanti...nak berset-set pun boleh...hehehehe

    ReplyDelete
  3. kura2 dlm perahu yer kaktin?

    ReplyDelete