alampauh

Sunday, May 15, 2011

A.B.C ... THe WaY I LIke iT!!

alkisahnya:
Hmm.. cuaca panaih2 ni mmg best kan kalau dapat makan/minum ais kacang @ air batu campur @ ABC. Rasanya kat Malaysia sapa yg tak suka ABC kan.. dengan suhu panas membahang nih.
Kalau dapat pekena ABC mmg sempoi.
Aku? aku mmg salah seorang peminat setia aih kacang ni. Kalau kat penang nu, mmg ada le beberapaa tempat favourite aku untuk makan aih kacang...
salah satu kt kampung aku...tp dah tak buka...huhu sedey arrr.. kedai tu tutup sejak suami kakak tu meninggal .
Kat sini, KL/Sh. Alam...
 jenuh jugak aku dok mencari ais kacang yg menepati citarasa aku.
Bnyk tempat gak yg aku cuba, tp..hmm besa le kan tekak nih, memilih skit.

kat mana2 aku pi makan slalunya aku akan try ler ais kacang..
kot2 ada yg best kan...
tapiiii....huhuu

Bukannya apa...skrg nih ABC terlampau fusion... mcm2 sgt yg depa boh dalam dia.
air gula pun terlampau banyak perisa.
setengah tu dia punya mix tu mcm tak kena jer.
tu yg tekak aku ni tak brapa nk berkenan

HAH...mcm gambar ni nampak cm menepati citarasa aku jer..
apa yg aku suka?!
aku suka ais kacang aku yg simple2 jer..
kiranya dia punya rasa yg asli..
yg traditional way...
ada kacang merah, jagung manis, cincau,susu pekat, air gula merah dan air gula hitam tu..
tu jer cukup...rasa asli ABC..
kalau kat penang mesti ada buah Nau dan pala sagat...hmmm
meletop!
and That's the way i like it!


Bercakap pasal ABC ni...teringat plak pasal hari guru kan...
 ye la sapa lagi yg mengajaq kita kalau bukan cikgu kan.
Muliakan keja cikgu ni..kekadang aku jeles gak sbb tk dpt jd cikgu..
bukan apa..kalau kita mati terputus semua hubungan dgn dunia kecuali
3 perkara:
1) ilmu yg manfaat
2)sedekah jariah
3)Doa dr anak yg soleh
Jd, kepada semua cikgu yg mengajar anak2 kecil untuk mengenal ABC, sedarlah bahawa ilmu yg dicurah itu satu keberkatan yg akan anda bawa selagi ilmu itu dimanfaatkan oleh anak murid semasa hidup..setiap kali mereka membaca..setiap kali itulah ilmu anda dimanfaatkan..
bayangkan sepanjang hidup brapa kali mereka akan membaca?
tentu tak terhitungkan?
sbb tu lah aku jeles ngan cikgu...
Dan kepada semua cikgu2 aku..

SELAMAT HARI GURU
 
khas buat:
Guru2 Sek Keb Pmtg To' Kandu ( 1986-1991 )
Penang Free School ( 1992-1994 )
SMT Teknik Tunku Abdul Rahman Putra ( 1995-1996 )
dan kepada semua yg pernah mendidik diri ini..
Al-fatihah untuk arwah Tok Su yg mengajar aku mengenal Alif, Ba, Ta...
amin...

No comments:

Post a Comment