alampauh

Wednesday, April 27, 2011

"inilah pentingnya ENGLISH education..."


Perkasa bahasa Melayu: TPM
2011/04/26
Sikap malu bertutur menyebabkan bahasa kebangsaan terus terpinggir

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.
“Saya pergi ke China dan mereka cakap dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara peribadi, barulah mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

Situasi ditempat keja aku:
Lokasi 1: Medan selera a.k.a kups
"hi...how r u?" sapa wanita MELAYU 1 kepada rakannya yg baru bertemu pada pagi itu.
"fine, thanks..and u?" balas temannya sambil tersenyum riang...dan bermulalah perbualan yg mesra dan panjang lebar...dalam bahasa english yg lancar, sesekali terselit sepatah kata bahasa 'kuno' warisannya..
Lokasi 2 : Dalam lif
"OMG...i kena buat report in MALAY!!" luahan rasa wanita MELAYU 2 hampir separuh menjerit kepada temannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yg semuanya melayu.
"Yeah?  i did last week. It was so......" balas temannya kembali.

     Jadi apa pendapat anda semua? Ini adalah keadaan biasa di persekitaran kita sekarang. Aku bukan seorang yang anti kepada bahasa asing cuma sedih dengan kehilangan identiti bangsa sendiri. Apakah punca kepada keadaan ini?.
     Cuma satu yang ingin dikupas di ruangan maya ini. Walaupun aku masih sedar hakikatnya masih banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Satu perkara yang ingin perkatakan, sejauh manakah pendidikan BAHASA MELAYU itu sendiri diajar dalam sistem pendidikan kita?
     Bilangan rakyat negara kita yang bergelar graduan semakin ramai saban tahun. Tapi sejauh mana pendidikan BAHASA MELAYU yang para graduan kita ini belajar? Kebanyakkan yang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat menara gading tetapi pemahaman ataupun pendidikan formal BAHASA MELAYU mereka hanyalah setakat SPM sahaja.
     Ini kerana tiada penekanan khusus untuk setiap pelajar terus mempelajari BAHASA MELAYU di peringkat yang lebih tinggi. Berbeza dengan bahasa inggeris yang diberikan penekanan yang khusus contohnya setiap pelajaran harus lulus ujian MUET apabila berada di menara gading. Itu belum diambil kira pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
     Kesimpulannya anda fikirkanlah sendiri, sebahagian besar graduan lepasan universiti kita hanyalah mempunyai pendidikan formal BAHASA MELAYUnya setakat lulusan SPM sahaja walaupun mempunyai segulung ijazah dalam gengaman.



1 comment:

  1. Bak kata pepatah, " Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"

    ReplyDelete