alampauh

Wednesday, April 6, 2011

"mencari sakinah..."



"Apabila kita asyik duduk termenung
memikirkan nasib diri...
merenung jauh mereka di sana hidup
penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagian yang sebenar-benarnya..."

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup. Selalu orang mengaitkan ketengangan itu dgn faktor harta, faktor kekayaan..w/pun itu boleh menjadi penyumbang tapi itu bukan segala-galanya. Berapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk,tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang2 dia lebih lena berbanding kita. Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat...lauk pauk yang bagus...tetapi lidahnya tidak enak, lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata lauk, tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya...kata Hamka "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya"


"Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..."

p/s: petikan dari ceramah Dr Asri Zainal Abidin....ceramah mencari sakinah...

No comments:

Post a Comment